29 Apr 2013, Semenyih
oleh Media PSM Semenyih
oleh Media PSM Semenyih
Pilihanraya
Umum 13 adalah penting. Pilihanraya ini akan menentukan samada
perubahan yang di nantikan oleh rakyat akan di capai atau tidak. Maka,
ini bukanlah lagi Pakatan Rakyat vs. Barisan Nasional, sebaliknya
Barisan Rakyat melawan Barisan Nasional, menurut Arul, calon PSM N24
Semenyih.
Parti
Sosialis Malaysia hari ini mengadakan satu sidang akhbar untuk meminta
calon PKR di Semenyih tarik diri untuk membolehkan PSM menang kerusi ini
untuk Pakatan Rakyat. Kenyataan ini dibuat hari ini memandangkan
Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali memaklumkan PAS akan tarik diri dari
bertanding di DUN Kota Damansara.
Sebelum
hari penamaan, PSM telah membuat rayuan beberapa kali kepada Pakatan
Rakyat terutamanya PKR agar aspirasi rakyat untuk satu lawan satu
dihormati dan tidak pecahkan undi. Malah PSM juga telah bersetuju dengan
syarat PKR iaitu bertanding menggunakan logo PKR di Semenyih. Namun
situasi 3 penjuru di wujudkan di Semenyih oleh calon PKR dan ini telah
banyak mengelirukan pengundi-pengundi.
Maka,
sekali lagi Setiausaha Agung PSM, Saudara Arul membuat rayuan, demi
menghormati aspirasi rakyat, calon PKR di DUN Semenyih diminta tarik
diri. Sekurang-kurangnya, pengundi akan lebih jelas dan kemenangan
terjamin kepada Pakatan.
Sebelum
hari pencalonan, lebih kurang 26 Jawatankuasa Penduduk Tempatan telah
mengeluarkan kenyataan akhbar menyokong penuh pencalonan saudara Arul di
Semenyih kerana kerja-kerja akar umbi yang telah dilaksanakannya selama
ini. Selepas hari pencalonan, organisasi-organisasi dan aktivis-aktivis
seperti Dr Kua Kia Soong, Liau Kok Fah (pengerusi Civil Rights
Committee KLSCAH), Kong Wee Cheng (wakil KLSCAH Youth), Lee Soo Wei
(wakil LLG Foundation Development Centre Civil Society Committee), Yong
Kin Yin (wakil Malaysian Youth and Student Democratic Movement dan Encik
Lew Bon Hoi (akademik) telah meminta calon PKR undur dan memberli
laluan kepada Arul, calon terbaik. Begitu juga 23 organisasi India
termasuk Malaysia Indian Progressive Association, Angkatan Warga Aman
Malaysia, Group of Concerned Citizens dan ramai lagi telah menyeru
Hamidi, calon PKR di Semenyih tarik diri agar Arul boleh menang.
Manakala di Kota Damansara, kenyataan Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali di alu-alukan namun di dapati calon PAS masih menjalankan kempen dan tidak lagi menarik diri dan ini akan terus menimbulkan kekeliruan kepada pengundi-pengundi.
Saudara
Arul dalam kenyataanya juga menyentuh tentang kekeliruan yang
ditimbulkan oleh Sdr. Sivakumar dari DAP mengenai hubungan PSM dan PR. 2
ahli PSM telah menggunakan logo parti PR untuk bertanding dalam PRU
ini, dua lagi ahli PSM masih menjadi Ahli Majlis dalam Kerajaan PR di
Selangor. PSM diseluruh Malaysia berkempen untuk kemenangan PR dan
membantu calon-calon PR. Dalam mesyuarat dengan pihak PR juga, kami
dimaklumkan bahawa penyertaan PSM dalam PR akan dibuat selepas PRU dan
ini juga termasuk beberapa parti lain dari Sabah yang ingin menyertai
PR. ‘Dalam kawasan yang ada penindihan kerusi, PSM masih menyokong calon
parlimen PR. Dalam suasana ini, PSM juga ingin mengatakan PSM bukan
parti bebas tetapi adaah parti berdaftar menggunakan logo parti dan
mengambil posisi untuk bersama dengan PR dan gerakan rakyat yang lain
untuk melawan BN’.
No comments:
Post a Comment