MASYARAKAT
SEMENYIH MENYOKONG PENUH CALON PSM, ARUL DI DUN SEMENYIH (N24)
Saudara Arul
@ Arutcheclvan adalah seorang pejuang yang terkenal di Malaysia. Pada 2008,
beliau telah bertanding di DUN Semenyih. Walaupun kalah, beliau terus berkhidmat sepanjang 5 tahun ini untuk rakyat
Semenyih.
Saudara
Arul adalah salah seorang Ahli Majlis MPKj yang “outstanding”, sentiasa turun
padang dan banyak menyelesaikan masalah kami. Banyak pencapaian beliau di
Semenyih seperti mendapatkan geran tanah kepada warga Kampung Broga, Kampung
Bahru, dan kuil, mendapatkan CF kepada penduduk Taman Sri Tanjung, meningkatkan
kualiti kemudahan asas di kawasan seperti Taman Pelangi Semenyih, Kampung
Bahru, Taman Manikavasagam, Flat Bangi Jaya, Taman Kesuma, Bukit Semenyih dan
banyak lagi. Malah, beliau juga telah menangani masalah rumit yang dihadapi
oleh penduduk flats kos rendah bukan sahaja di Semenyih juga di kawasan sekitar
Semenyih. Di samping itu, beliau juga telah membantu dalam perjuangan
masyarakat ladang, di mana, atas bantuan beliau bekas penduduk ladang Sg.
Rinching telah mendapat rumah flat percuma manakala penduduk ladang Denudin
telah menandatangani perjanjian untuk rumah teres percuma pertama di Semenyih.
Apabila
melihat perkhidmatan yang diberikan oleh saudara Arul di Semenyih, maka kami
masyarakat Semenyih mahu seorang calon seperti Arul untuk terus berkhidmat
kepada kami. Akan tetapi, kami amat dukacita apabila mendengar khabar bahawa
Pakatan Rakyat (PR) juga berminat untuk bertanding di DUN Semenyih dalam PRU13
ini. Kami amat membantah cadangan ini dan menyeru kuat kepada PR supaya beri
laluan bagi Calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), saudara Arul bertanding di DUN
Semenyih.
Dalam
PRU13 ini, pertandingan satu lawan satu adalah amat penting untuk menumbangkan Barisan
Nasional (BN) dan itulah aspirasi rakyat Semenyih. Kami juga yakin peluang
untuk menang bagi saudara Arul adalah cerah. Maka, kami masyarakat Semenyih berharap
penuh PR tidak akan wujudkan tiga penjuru di DUN Semenyih, kerana ianya akan memecahkan
undi serta memberi kemenangan kepada BN dalam PRU13 ini.
Ini Kali lah! Kita tolak BN dalam
PRU13!
PENYOKONG;
1. Persatuan
Pengganut Sri Sithi Vinagar, Bandar Tasik Kesuma –En Siva. 0162264204
2. Persatuan
Belia Kaum India Bandar Tasik Kesuma, Fasa 6 – En.Sridharan 0192422635
3. Persatuan
Penduduk Ladang Bangi – En.Chandramogan 0125287955
4. Persatuan
Kebajikan kaum India, Bandar Rinching – En.Subramaniam 0126101863
5. Persatuan
Penduduk Ladang Dunedin – En. Francis 0143693473
6. Persatuan
Kebajikan St. Anne, Semenyih
7. Persatuan
Penduduk Manickavasagam – En.Ravi 0166116231
8. Jawatankuasa
Kuil Kg. Sireh – En.Suresh 0169897636
9. Persatuan
Tamil Neeri – En. Neelavan 0133185423
10. International
Society Tamil – En.Tamil Thasan 0128639707
11. Bekas
Penduduk Ladang Rinching – En.Ramalingam 0192220754
12. Jawatankuasa
Penduduk Ladang Semenyih – En.Subramaniam 0124156707
Untuk keterangan Lanjut,
1. Nathan
-019 3537284
2. Selvam
-0192778445
Kalau pejuang terkenal, sila bertanding di dun semenyih, jom 3 penjuru. Ada berani?
ReplyDelete