Harus letakkan Calon Melayu Pandangan Meleset !
Harus letakkan Calon Melayu Pandangan Meleset
Assalamualaikum YB Datuk Seri Anwar Ibrahim dan YB Azmin
Saya sebagai pengundi di Semenyih ini berkongsi pandangan dengan YB mengenai calon untuk DUN Semenyih.
Saya telah diberitahu bahawa kemungkinan besar DUN Semenyih akan melihat pertandingan 3 penjuru antara BN, PKR dan PSM.
Dalam PRU yang lalu, calon parti pembangkang adalah Aktivis rakyat dan
juga Setiausaha Agung PSM iaitu S.Arutchelvan atau lebih dikenali
sebagai Arul. Namun pada PRU yang lalu, beliau bertanding atas logo PKR
memandangkan parti beliau masih belum diberikan pendaftaran oleh
Pendaftar Pertubuhan. Menurut pandangan PSM, kerusi Semenyih pada
asalnya sebenarnya adalah kerusi milik parti PAS dimana pada tahun 2008,
PSM telah memperolehi kerusi ini ekoran menukar kerusi ini dengan
kerusi DUN Bukit Lanjan. Justeru itu , PSM menganggap kerusi Semenyih
sebenarnya adalah kerusi milik mereka dan disebabkan parti PSM kini
sudah didaftar , maka adalah hanya adil mereka dibenarkan bertanding
atas logo pendaftaran mereka sendiri,
Di pihak PKR pula, mereka
menganggap kerusi ini adalah milik mereka dan PSM hanya dibenarkan
meminjam logo mereka untuk satu PRU sahaja. Isu yang lebih ketara yang
dibawa oleh pihak PKR adalah mereka mahukan satu calon Melayu sebab
calon Melayu mempunyai peluang yang lebih baik untuk menang. Mereka juga
sering menuduh andaikata pada tahun 2008, jika calon Melayu bertanding
dan bukan calon India, maka mereka sudah pasti akan menang.
Namun, pandangan bahawa calon Melayu pembangkang dapat meraih lebih
banyak undi adalah bukan satu fakta yang betul. Pada PRU ke 11, calon
Melayu Mohd Khairuddin Bin Othman kalah dengan majoriti 7855 iaitu
hampir 8 ribu dan ini jauh lebih besar daripada kekalahan calon India
Arul, yang hanya kalah dengan majoriti 1140 undi. Malah calon Melayu
pembangkang Parlimen Dr Che Rosli juga kalah dengan calon Parlimen BN di
DUN Semenyih. Justeru itu, walaupun majoriti pengundi Melayu adalah
sekitar 53% di DUN Semenyih, namun isu etnik calon bukannya satu fakta
penting dalam pemilihan calon.
Kerusi DUN Semenyih nampaknya menuju 3
penjuru, maka calon BN nampaknya akan kekal menang dalam kawasan ini.
Rata-rata masyarakat Semenyih mahukan pertandingan satu lawan satu
dengan BN. Persoalan adalah siapa yang patut undur.
PSM
berpendapat mereka mempunyai peluang yang baik untuk menang memandangkan
mereka telah berkerja gigih di kawasan ini untuk 5 tahun dan mempunyai
seorang calon yang dianggap sebagai popular, bersih dan dikatakan
mendapat sokongan padu dari masyarkat Tionghua, India dan segelintir
masyarakat Melayu. Calon PSM Arul juga dilihat sebagai seorang pemimpin
Nasional yang berwibawa dan seorang Ahli Majlis MPKj yang rajin. Calon
PKR yang akan bertanding masih belum diputuskan walaupun kebelakangan
ini nama Hamidi sering timbul sebagai calon pilihan PKR. Namun demikian
terdapat bangkangan dalaman oleh PKR Semenyih memandangkan beliau
bukanlah calon tempatan. Terdapat juga beberapa baner yang menuntut
calon tempatan. Pihak yang menyokong Hamidi berpendapat beliau
mempunyai kelebihan untik bertanding sebagai calon PR kerana beliau
adalah seorang Melayu dan juga dapat diterima oleh Maskarakat Melayu di
Beranang.
Namun kedua-dua calon PSM dan PKR berkata mereka adalah
bersama Pakatan Rakyat. Arul berkata dalam kenyataan bahawa parti
beliau menyokong penuh calon PR di semua kerusi kecuali kerusi yang
ditandingi oleh PSM iaitu hanya 4 kerusi sahaja di seluruh negara.
Selain itu, PSM menyokong penuh Datuk Sri Anwar Ibrahim sebagai Perdana
Menteri.
Justeru adalah amat penting untuk memastikan calon
yang terbaik bertanding menentang YB Johan serta BN kerana hanya melalui
pertandingan satu lawan satu sahaja calon BN boleh disaingi. Isu
persoalan etnik bukan penentu tetapi yang lebih penting ialah calon yang
berwibawa, dikenali dan pernah buat kerja di Dun Semenyih.
Ini
adalah pandangan saya mengenai isu ini yang harap dipertimbangkan oleh
Datu Seri dan YB Azmin . Kita mesti sedar bahawa calon yang berwibawa
dan kaliber adalah lebih penting daripada meletakkan calon hanya untuk
memuaskan hati sesetengah pihak di parti kita .
Terima kasih & Salam Perjuangan
Arif Ismail
Alaa.... Macam la pas dan pkr tak buat kerja langsung.... Pirahhh..... Kamu buat kerja sbb nak bertanding pilihanraya, kami buat kerja sbb memang kerja kami sebagai penyokong. Kami tak kira siapa pun yang bertanding, asal bukan psm.
ReplyDelete