Wednesday, February 27, 2013

REPOT KAD ARUTCHELVAN, CALON PSM DI SEMENYIH, DI BAWAH LOGO PSM

26 Feb 2013, Semenyih
Dalam sidang akhbar yang di adakan oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM) Cawangan Semenyih hari ini, rekod kerja dan pencapaian Saudara Arutchelvan di Semenyih sejak 2008 khususnya telah dibentangkan. Tujuan adalah untuk rakyat Semenyih membuat pilihan sama ada Saudara Arutchelvan layak menjadi wakil mereka di Dewan Undangan Negeri.
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Menurut pengerusi sidang akhbar hari ini Saudara Simon, Pusat Khidmat di Bandar Rinching Seksyen 5 telah di mulakan sebulan selepas pilihanraya 2008 bulan March seperti yang telah dijanji oleh calon semasa kempen pilihanraya tahun 2008. Saudara Arutchelvan kalah tipis kepada calon Barisan Nasional, En. Johan Bin Abdul Aziz dengan perbezaan undi 1,140, di mana peratus pengundian adalah 81.3% dengan jumlah pemilih pendaftar 28,203.
Pusat Khidmat di Bandar Rinching di buka 3 hari dalam seminggu dan lebih daripada 500 aduan diterima meliputi kes pekerjaan, rumahtangga, kes polis, isu kebajikan, rumah dilelong, persekolahan, isu geran kuil, isu perumahan pekerja-pekerja ladang, isu Along dan sebagainya.
Demokrasi dari Bawah – S. Arutchelvan
Picture1Seorang aktivis dan pejuang rakyat sejak 25 tahun lalu telah mempelajari dari pengalaman bahawa kewibaan politik adalah satu-satunya ‘tool’ untuk menyelesaikan masalah asas rakyat seperti isu perumahan peneroka bandar dan pekerja ladang, penindasan di tempat kerja, salahguna kuasa oleh pemerintah dan kaum kapitalis serta sistem pemerintahan yang anti-rakyat. Inilah juga pandangan parti (PSM) terutamanya selepas pilihanraya tahun 1998 apabila kebanyakan calon pemerintah dan pembangkang enggan mahu tandatangan akur janji yang di tuntut oleh masyarakat peneroka bandar dan ladang. Maka, Saudara Arutchelvan  telah bersetuju dengan kehendak Parti (PSM) untuk bertanding dalam  pilihanraya tahun 2008 dengan logo PKR kerana Kementeriaan Dalam Negeri menafikan hak PSM untuk mendaftarkan parti sejak permohonannya pada April 1998 sehinggalah selepas pilihanraya 2008.OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Apabila Saudara Arutchelvan dilantik sebagai ahli Majlis Zon 18 di Semenyih (sejak 2008), satu pejabat di buka dipekan Semenyih. Ia dibuka setiap hari untuk memberi khidmat kepada penduduk dari kawasan Taman Sri Tanjung, Kg. Broga, Bdr. Rinching Seksy 1-5, Taman Pelangi, Taman Tasek Semenyih dan Taman Manikavasagam tetapi tindakan-tindakan juga diambil jika aduan diterima dari penduduk Zon lain. Saudara Arutchelvan, seorang aktivis percaya ‘empowerment’ atau proses memperkasakan rakyat itu amat penting kerana ahli-ahli politik BN sudah membiasakan rakyat dengan budaya ‘handouts’, budaya mengagung-agungkan pemimpin, budaya mengharapkan orang dan budaya perkauman.
Picture6Maka, dalam kerja-kerja di kawasannya, beliau telah menekankan demokrasi dari bawah. Majlis Perundingan Rakyat @ MPR dan Mesyuarat Perwakilan Penduduk @ MPP adalah satu pencapaian penting dalam masa 5 tahun ini. Di semua kawasan baru yang dimasuki oleh team Saudara Arul, MPR di uruskan di mana penduduk setempat hadir dan mengutarakan isu-isu di kawasan masing-masing. Tindakan lanjutan kepada aduan-aduan yang di bawa akan dibincang dalam MPP yang di adakan setiap bulan dan di hadiri oleh setiap wakil penduduk Taman/Pangsapuri Kos Rendah/Kampung/Ladang.
 Picture4
Rugi, jika Arul tidak dipilih!
Encik Kamal Zakaria, Pengerusi Persatuan Penduduk Bandar Rinching dan Encik Subramaniam, Pengerusi Persatuan Kebajikan Kaum India Bandar Rinching berkata semasa sidang akhbar hari ini bahawa hanya selepas saudara Arutchelvan menjadi Ahli Majlis, mereka telah di jemput untuk menghadiri mesyuarat dan menyedari apakah peranan seorang ahli Majlis kerana sebelum ini di bawah BN, tidak pernah dipanggil untuk mesyuarat. Menurut Encik Kamal lagi, 3 tahun mereka menghadapi masalah air teruk di Bandar Rinching, hanya selepas Saudara Arul menjadi ahli Majlis, langkah-langkah diambil untuk menyelesaikan masalah.
OLYMPUS DIGITAL CAMERASemua wakil penduduk yang hadir ke sidang akhbar hari ini iaitu Puan Low Yoke Thin – AJK JKK Broga, Encik Halim selaku Setiausaha Persatuan Penduduk Bandar Rinching dan En. Francis dari Ladang Denudin telah berkata bahawa saudara Arutchelvan adalah seorang yang sederhana, mudah didekati, turun padang dan seorang aktivis yang tidak kira masa atau bangsa untuk berjumpa rakyat, bekerja keras dan seorang pemimpin yang turut memperjuangkan isu-isu nasional dan antarabangsa. “Rugilah kepada rakyat, jika calon sebegini tidak dipilih untuk bertanding di Semenyih”.
Picture7
Antara pencapaian beliau yang telah direpot hari ini ialah:
  1. Perintis dalam Perjuangan Akta Gaji Minima untuk warga pekerja sejak 10 tahun lalu kini sekurang-kurang RM900 telah dijadikan sebagai Akta Gaji Minima;
  2. Setiausaha pertama Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), 2001 dan telah banyak menyumbang untuk  menggerakan kempen ini yang  kini telah di mansuhkan;
  3. PSM penggerak utama kempen anti-GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) sejak 6 tahun lalu dan di peringkat Semenyih saudara Arul telah meneruskan kempen untuk menyedarkan rakyat tentang GST.
  4. Forum rumah pangsapuri kos rendah DUN Semenyih yang diusahakan oleh Saudara Arutchelvan telah menghasilkan 2 kejayaan – Kerajaan Negeri Selangor setuju untuk kurangnya cukai taksiran sebanyak 25% dan MPKj setuju mengambilalih pembersihan longkang dan pemotongan rumput.
  5. Pada 24/4/ 2010 – 159 orang penduduk Kg Broga telah mendapat Geran Tanah untuk 99 tahun
  6. Masalah geran tanah di Kg. Bharu serta pembayaran premium yang berlarutan telah ditangani
  7. Penduduk Taman Sri Tanjung mendapat Sijil CF yang dinantikan lebih 20 tahun
  8. Telah membantu mendapatkan geran tanah Kuil Subramaniam
  9. Kg. Sireh telah bertukar status ke Taman dan kini mendapat perkhidmatan MPKj
  10. Pelbagai Kemudahan asas telah disediakan serta dibaikpulih, antaranya di Taman Manikavasagam, Broga, Taman Pelangi, Kg. Baru, Vista Perdana, Flats Bangi Jaya dan Bandar Rinching.
  11. Telah membantu dalam perjuangan penduduk Ladang Sg. Rinching selama 14 tahun yang kini berjaya mendapat rumah kos rendah
  12. Telah membantu perjuangan penduduk Ladang Denudin untuk mendapatkan rumah teres percuma baru-baru ini.
  13. Perjuangan penduduk Ladang Bangi yang bermula 10 tahun lalu masih dalam proses rundingan dan saudara Arul memainkan peranan utama.
  14. Penduduk diperkasakan dengan Banner Pemantauan yang memberi maklumat tentang MPKj, kontraktor dan ahli majlis
 Picture5
Semenyih sudah menjadi Semi-Urban
Menjawab soalan pihak media, saudara Arutchelvan berkata, Semenyih bukan lagi semi-pendalaman seperti mana dikenali pada tahun 2008, kini lebih banyak ‘township’ dan kawasan-kawasan perumahan baru telah muncul, kini Semenyih adalah semi-urban. Oleh itu isu-isu kritikal di Semenyih yang memerlukan perancangan dan kerjasama pelbagai pihak ialah (i) masalah kesesakan jalanraya & masalah tiada bus lalu di beberapa kawasan (ii) isu pembuangan dan memproses sampah (iii) pencemaran Sg. Langat dan isu-isu alam sekitar yang lain (iv) tempat pemberhentian bas – bus stesen yang di bina di zaman BN tidak digunakan kerana kedudukannya tidak strategic (v) isu perumahan penduduk Ladang dan (vi) isu pangsapuri kos rendah seperti masalah penyelenggaran, cukai, kebersihan dan pemilikan.
Setiausaha Agung PSM – S. Arutchelvan
Sebagai Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia, saudara S. Arutchelvan juga memainkan perananpenting dalam menggerakkan parti selama lebih 14 tahun ini. Sebagai pemimpin, penglibatan beliau dalam Gerakan Bersih, anti-Lynas, gerakan anti penswastaan hospital awam, kempen membantah sistem kontrak buruh, kempen pilihanraya majlis tempatan dan sebagainya tidak terhingga.  Perjuangan-perjuangan ini pasti akan berterusan sehingga ia membawa kejayaan kepada rakyat.
Dalam sidang akhbar juga diumumkan bahawa seperti yang dilakukan setiap tahun sejak 2008, calon PSM di Semenyih, S. Arutchelvan akan membuat deklarasi harta dan pelancaran manifesto PSM di peringkat Semenyih dalam masa terdekat.
Picture2
Saudara Arul – pilihan pengundi?
Jumlah pengundi di DUN Semenyih telah meningkat ke 39,607 dan di katakan 50% pengundi baru berusia kurang 30 tahun. PSM yakin jika peningkatan ini adalah ‘genuine’ maka kebarangkalian untuk pembangkang menang di DUN Semenyih adalah lebih cerah.  Harapan PSM ialah penduduk Semenyih akan sama-sama menentang budaya rasuah, politik kaum, budaya ‘handouts’ dan berani untuk membawa perubahan.
PSM percaya pengundi-pengundi Semenyih lebih celik dan pasti akan memilih calon yang berwibawa, bersih dan menjaga kepentingan rakyat seperti saudara Arutchelvan.
Picture8
oleh,
Letchimi Devi
News Desk PSM Semenyih

No comments:

Post a Comment