Friday, December 14, 2012

KES LADANG BANGI DIBICARA BULAN JANUARI 2013

Mahkamah tinggi Shah Alam, 14 Disember 2012

Pendaftar Mahkamah Tinggi, Shah Alam Puan Nurul Ain Binti Hamzah hari ini memberi peluang kepada pihak Pemaju Transloyal dan Bekas pekerja ladang bangi cuba menyelesaikan masalah di luar mahkamah dan jika tidak berjaya, maka Mahkamah akan menentukan tarikh perbicaraan pada 21 Januari 2013.

Hari ini peguam pihak penduduk Fadiah Nadwa memfile balasan affidavit. Dalam affidavit balasan, para bekas pekerja ladang bangi menafikan mereka adalah setinggan dan dengan tegas mengatakan bahawa mereka adalah generasi kedua, ketiga dan keempat masyarakat ladang. Mereka menunut hak perumahan tetap dibina sebelum mereka sedia berundur.

Lebih 50 orang penduduk membanjiri ruang mahkamah yang sempit.  Turut hadir adalah Setiausaha Agung PSM Sdr S.Arutchelvan, T.Ramalingam – Penyelaras JSML (Jawatankuasa Sokongan masyarakat Ladang ) dan Penyelaras pekerja JERIT M.Sivaranjani.

Para bekas pekerja membawa kain rentang dan menjerit slogan dikarangan mahamah.
 
Walaupun rundingan masih berlaku yang juga melibatkan pihak kerajaan Negeri dan MPKJ, namun pemaju Trans Loyal angkuh dan membawa pekerja ke Mahkamah dengan niat mereka boleh diusir tanpa membina rumah kos rendah. Notis mahkamah untuk menggosongkan tanah ladang Bangi telah diserahkan pada 27-10-2012 iaitu beberapa minggu sebelum Deepavali. Pemaju berniat jahat, mengkhianati bekas pekerja-pekerja ladang serta tidak menghormati rundingan yang sedang berlangsung dengan pihak berkuasa sehingga kini.

Latarbelakang Ladang bangi:

Ladang Bangi telah wujud lebih 100 tahun di Selangor. Bekas pekerja ladang yang kini menetap sana adalah generasi keempat dan mereka mula menghadapi masalah pengusiran setelah tamat operasi ladang pada tahun 2000. Notis pengusiran pertama diterima pada 17-5-2000 oleh Syarikat Golden Hope. Pada tahun 2006, Pejabat Daerah Kajang bersama pihak Tuan Tanah telah mengadakan mesyuarat dengan wakil-wakil ladang dan berjanji untuk membina 43 buah rumah dan sebuah kuil tetapi sehingga kini belum dilaksanakan. Sementara itu, pada tahun 2011, tanah Ladang Bangi telah dijual kepada pemaju Trans Loyal dan kini bekas pekerja-pekerja ladang ini terus diancam oleh pemaju Trans Loyal untuk keluar dari Ladang mereka.

Pemaju telah mengguna gangster, polis, dan pelbagai helah lain untuk menceroboh kawasan penduduk. Semua taktik mereka buntu dan kini mereka menggunakan senjata undang-undang pula.

“Biar apa pun, kami tetap akan berjuang untuk hak perumahan. Senjata yang maha berkuasa adalah kuasa rakyat. Rintihan dan jeritan pekerja ladang ini terus membicara masa depan mereka

M.Sivaranjani

No comments:

Post a Comment