Monday, October 1, 2012

Hari Habitat sedunia - rakyat protes Bajet yang tidak selesaikan isu perumahan rakyat miskin

Berarak ke Parlimen

Penyelaras JERIT Theva menjelaskan apa yang b erlaku dalam parlimen

Suresh sedang berucap. Datang jauh dari cameron

Memang warga grassroot, menanti berita dari dalam Parlimen

300 orang himpun hadapan Parlimen

Polis sedia untuk kawal Parlimen

Barisan piket 100 meter

Reaksi rakyat Marhaen mengenai budget 2013
PSM memobilisasi rakyat Peneroka bandar ke Parlimen sempena dengan hari habitat Sedunia.

BUDGET 2013 GAGAL MENANGANI ISU PERUMAHAN RAKYAT!

Sempena Hari Habitat Sedunia 2012, JERIT bersama kumpulan -kumpulan Organisasi Masyarakat  menuntut kerajaan Malaysia;
  1.  Menyediakan Perumahan mampu milik yang selesa, cukup ruang, dengan kemudahan yang perlu untuk pembangunan sosial keluarga dan komuniti
  2. Hentikan ancaman kepada Habitat Rakyat dengan projek seperti Lynas, Lombong Emas di Bukit Koman & Projek Petrokimia di Pengeran
  3. Kerajaan harus mengambil alih penyelenggaraan bagi Flat kos rendah dan sederhana di seluruh Malaysia. 
  4.  Mengubal Undang –undang Skim Perumahan Sendiri Pekerja Ladang
  5. Iktiraf tanah adat orang asli/asal, hentikan rampasan tanah adat.
  6.  Hentikan pengusiran paksa dan iktiraf hak Peneroka Bandar
Budget 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 28/9/12 merupakan satu lagi gimik kerajaan Barisan Nasional untuk menangi pilihanraya. Walaupun banyak intensif dan subsidi diberikan namun ia gagal menangani isu asas rakyat miskin.Perdana Menteri beria-ia mengumumkan bahawa rakyat Malaysia kini  dengan mudah dapat memiliki rumah mampu milik yang berharga RM100,000 hingga RM400,000. Kerajaan juga akan membina 123,000 unit rumah dengan kelonggaran maksimum dalam memiliki rumah pertamaku.
Tapi apakah 70% rakyat Malaysia dengan pendapatan seisi keluarga kurang daripada RM3000 dapat memiliki  satu rumah mampu milik?
Sejak 10 tahun kebelakangan ini harga hartanah di Malaysia melonjak sangat tinggi. Bukan itu sahaja, kos sara hidup juga telah meningkat begitu tinggi sekali sehingga gaji RM 3000 pun tidak cukup untuk hidup sekarang. Maka dalam keadaan ini apakah pilihan rakyat untuk memiliki satu rumah yang “decent”?
Budget 2013 yang memberi banyak “gula-gula “ kepada golongan belia dan rakyat tidak menangani atau memberi penyelesaian kepada masalah asas seperti perumahan rakyat.
Adakah dengan membina hanya 123, 000 masalah rumah rakyat dapat diselesaikan? Adakah kebanyakan rakyat yang berpendapatan RM 3000 ke bawah boleh memilikirumah yang berharga RM 100,000 ke RM 400,000?
RUMAH RAKYAT SARANG BURUNG! RUMAH PEMIMPIN BAGAIKAN ISTANA!
Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) sempena Hari Habitat Sedunia pada 1 Oktober 2012 menuntut kerajaan mengimplementasi Deklarasi Agenda Habitat di Istanbul, 1986  yang ditandatanganinya. Kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk memberikan keutamaan kepada Perumahan yang mencukupi dan selesa dan memberi komitmen untuk menyediakannya untuk rakyat.  Akan tetapi apakah langkah –langkah yang diambil selain daripada polisi –polisi kosong ?
Di peringkat Antarabangsa hak perumahan dan petempatan untuk setiap manusia  diberikan keutamaan dan  dijamin melalui resolusi-resolusi antarabangsa. Resolusi-resolusi ini memastikan dan menjamin sesebuah kerajaan harus menyediakan perumahan yang mencukupi dan selesa kepada setiap rakyatnya. Kerajaan Malaysia juga telah menandatangani beberapa resolusi antarabangsa. Antaranya yang ditandatangani oleh kerajaan Malaysia adalah  Deklarasi Habitat Agenda 1992 , Agenda 21  dan Resolusi Suruhanjaya Persatuan bangsa-bangsa Bersatu mengenai Hak Perumahan 1993.
Di Malaysia polisi-polisi dan pelaksanaan perancangan perumahan oleh kerajaan seringkali dipertikaikan oleh rakyat  mahupun badan-badan bukan kerajaan. Kerajaan Malaysia demi merealisasikan pembentukkan Negara maju telah dan sedang mengabaikan kepentingan perumahan dan petempatan  golongan berpendapatan rendah seperti pekerja-pekerja  Ladang, masyarakat kampung, masyarakat peneroka Bandar (setinggan), masyarakat Orang asli/orang asal, masyarakat nelayan, masyarakat petani  dan masyarakat miskin Bandar.
Akibat harga rumah yang melambung tinggi masyarakat miskin Bandar tidak dapat memiliki sebuah rumah. Masyarakat peneroka Bandar pula disumbat dalam flat-flat kos rendah bagaikan sarang burung yang mengundang pelbagai masalah sosioekonomi. Pekerja ladang dihalau dari ladang tanpa sebarang perumahan alternative.
Polisi-polisi Kerajaan yang membenarkan pelaburan asing di Malaysia kini mengancam kehidupan rakyat. Perlombongan emas dengan menggunakan cynide dan nadir bumi projek LYNAS di Pahang banyak mengundang ancaman kepada kesihatan penduduk yang tinggal disekitarnya. Kegagalan kerajaan Malaysia mengawal pembalakan haram serta pembangunan kawasan hutan (yang tidak terancang) menyebabkan masyarakat Orang asli/asal kehilangan tempat tinggal dan juga Tanah Adat yang sangat bernilai pada mereka.
Bukan itu sahaja, kelas pertengahan juga menghadapi masalah memiliki rumah kerana harga rumah melambung tinggi dan banyak spekulasi berlaku dalam sektor hartanah.
Dalam keadaan ini kalau kita tengok rumah pemimpin pula bagaikan istana. Bagaimana rakyat akan percaya yang masalah perumahan mereka dititikberatkan apabila pemimpin terus membina rumah mereka bagai istana manakala tiada polisi konkrit untuk menyelesaikan perumahan rakyat.
Satu polisi perumahan yang menyeluruh dan konkrit diperlukan demi menangani isu rakyat., Kerajaan harus mengambil kira semua lapisan masyarakat dalam menangani isu perumahan dan bukan hanya fokus kepada ‘vote bank”.
Perumahan untuk semua!

No comments:

Post a Comment