Saturday, October 6, 2012

Aduan Polis terhadap Polis

ADUAN POLIS TERHADAP POLIS KERANA FITNAH DAN MEMBENARKAN DIRI MEREKA DIPERALATKAN OLEH PARTI PEMERINTAH

Hari ini, Sdr. Arutchelvan selaku Setiausaha Agung PSM telah membuat satu laporan polis terhadap satu program yang dijalankan di SRJK Tamil Ladang Semenyih pada 5/10/2012. Program ini telah dianjurkan oleh pihak Hindu Sangam dan PIBG sekolah tersebut.

Program ini sepatutnya merupakan satu taklimat kepada ibubapa serta para pelajar sekolah mengenai jenayah. Tetapi malangnya, pegawai polis bernama Karunanithi telah memfitnah PSM dengan dakwaan bahawa PSM mempunyai hubungan dengan Pari Komunis Malaya dan menyebarkan komunisma. Di samping itu, pegawai polis tersebut juga telah mengutuk BERSIH.

Walaupun, kesemua tuduhan ke atas 6 pemimpin PSM yang ditahan dibawah EO telah digugurkan, namun pihak polis masih bertindak tidak profesional dan membenarkan diri mereka diperalatkan oleh pihak pemerintah.

No comments:

Post a Comment