Thursday, July 26, 2012

Diskusi Kiri- Jenayah dan pilihanraya

Pustaka Kiri menganjur satu diskusi kiri berhubung dengan jenayah yang semakin banyak dilaporkan kebelakangan ini oleh pihak media. Diskusi diadakan pada 26 Julai 2012 di pejabat PSM Kajang, 8.00 malam. Lebih 30 masyarakat akar umbi dari Cheras, Kajang dan Rinching telah mengambil bahagian dalam diskusi ini yang dilihat sebagai satu masalah yang mengancam keselamatan serta merosakkan masa depan generasi muda. Antara pandangan-pandangan yang dikongsi bersama:
  • pihak polis adalah salah satu punca kenapa jenayah semakin berleluasa - ‘they are not preventing because they are part of the crime e.g. trafficking, abduction, smuggling and many other organised crimes’. Polis juga membebabaskan penjenayah-penjenayah dengan ambil rasuah! Mereka hanya tangkap ‘petty thieves’
  • di sekolah gangsterism semakin teruk;  cikgu tak dapat kawal pelajar-pelajar; kadar racism agak tinggi disekolah; sistem pendidikan yang gagal memastikan pendekatan sesuai untuk pelejar lemah 


  • didikan keluarga lemah – nilai-nilai murni tidak dididik; tidak lagi meluangkan masa dengan anak-anak;budak-budak sekecil 8 tahun terdedah kepada keganasan; video game; movies…
  • Sistem ekonomi yang tidak seimbang: pengangguran, gaji yang sangat rendah dan kos kehidupan yang semakin tinggi memberi paling banyak beri kesan kepada mereka yang miskin dan anak-anak muda; etnik India paling banyak terlibat dalam gangsterim dan jenayah akibat kurang peluang ekonomi.
  • Pengaruh Kawan – terutama dikalangan anak-anak muda berumur 14 tahun ke atas.
  • Pendatang asing punca ….
  • Kerajaan dan polis menjadi pendorong
  • Media menakut-nakutkan rakyat – adakah ia satu yang terancang untuk menjadikan rakyat ‘prisoners in their own home’. Adakah ini satu lagi plot pilihanraya?




Peserta-peserta telah di bahagi kepada 2 kumpulan untuk membincang 2 soalan berikut:
a) Di katakan jenayah berlaku kerana wujud ketidaksamarataan dalam masyarakat dari segi kelas dan kekuatan ekonomi. Adakah anda setuju dengan kenyataan ini berdasarkan pengalaman Malaysia. Apakah peranan kita sebagai rakyat untuk memperbaiki keadaan ini?
b) Pilihanraya semakin hampir namum pihak media semakin banyak melaporkan insiden-insiden ganas. Ada udang di sebalik batuke? Maksudnya, rakyat ditakutkan (fear) sehingga mereka rasa tidak berdaya ‘powerless’ untuk mengambil sebarang langkah pro-aktif. Adakah anda setuju? Apakah langkah-langkah yang boleh kita lakukan di kawasan tempat tinggal masing-masing untuk mencegah jenayah?
Antara cadangan peserta ialah:
1. Di setiap kawasan perumahan wajib ada persatuan-persatuan penduduk membincang isu jenayah dan membuat perancangan untuk mencegah jenayah e.g. kempen mencegah jenayah seperti mana kempen mencegah aedes!
2. Di setiap kawasan perumahan, perlu ada kemudahan-kemudahan untuk anak-anak muda  yang diuruskan secara bersama oleh komuniti disana seperti padang (kebanyakan kawasan perumahan, padang tidak dibina lagi), computer lab dan lain-lain program rekreasi.
3. Membuat petisyen dan hantar kepada pihak kerajaan berhubung peranan kerajaan mengawal jenayah.

No comments:

Post a Comment