Tuesday, April 3, 2012

Tuntutan Pekerja: Akta Gaji Minima RM1500

Thursday, 22 March 2012

Tuntutan Pekerja: Akta Gaji Minima RM1500

Berapa BN nak umum?

Perjuangan menuntut Gaji Minima untuk warga pekerja di Malaysia akhirnya Nampak telah mula membuahkan hasil. Pada Julai 2011, Kementerian Sumber Manusia (KSM) meluluskan Akta Majlis Perundingan Gaji Negara untuk menentukan jumlah Gaji Minima kepada pekerja.

Setelah 10 bulan, Menteri Sumber Manusia, Dato’ Dr. S. Subramaniam telah mengumumkan bahawa satu kadar gaji minima telah diputuskan dan jumlahnya akan diumumkan dalam bulan Mac 2012. Pada 21 Mac 2012 Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak pula mengatakan bahawa akan membuat pengumuman tentang Gaji Minimum pada 1 Mei iaitu pada Hari Pekerja. Kini persoalannya, berapakah jumlah gaji minima yang akan diumumkan ?

Banyak laporan mengatakan bahawa jumlah gaji minima yang akan diumumkan adalah dalam lingkungan RM800-RM900. Ini mungkin benar kerana JERIT mendapati pihak majikan sedang memberi tekanan yang hebat kepada pihak Kerajaan untuk tidak melaksanakan gaji minima dan sekiranya dilaksanakan ia adalah pada kadar yang terendah.


Namun JERIT menuntut Gaji Minima RM1500. Mengapa ?


Sila lihat jadual di bawah mengenai harga barang di Malaysia:



Barang
Harga

Beras
RM15 (5 Kg)

Tepung Susu - Everyday
RM49.60 (2.55 kg)

Minyak Masak
RM2.70 (I kg – sebungkus)

Gula
RM2.70 (1 Kg)

Sardin
RM3.20 (paling kecil)

Ikan Kembung
RM8.30 (Sekilo)

Gas dapur
RM27.00 (tong yang paling kecil)




Mari kita lihat anggaran perbelanjaan bulanan untuk seorang pekerja yang menetap di Selangor:



Butir-butir
Perbelanjaan

Sewa rumah
RM 450.00

Perbelanjaan Bulanan (makan minum keluarga)
RM 500.00

Kos pendidikan
RM150.00

Kos pengangkutan
RM 300.00

Bil Air + Bil Elektrik
RM 180.00

Lain-Lain
RM 300.00

Jumlah
RM1880.00



Jika dilihat kedua-dua jadual di atas, harga barangan asas di Malaysia sudah pasti telah meningkat secara mendadak. Perbelanjaan yang ditunjukkan di atas untuk seorang pekerja yang mempunyai keluarga sederhana. Perbelanjaan lain seperti bil Astro, bil telefon, bayaran kelas tuisyen, cukai tanah, cukai pintu, penyelenggaraan kenderaan, kecemasan untuk klinik/hospital belum dimasukkan lagi.


Maka, Tuntutan pekerja RM1500 adalah relevan kerana:

1.Pekerja adalah asset utama negara, tanpa mereka tiada keuntungan. Mereka menyumbang pendapatan perkapita RM26 420 setahun untuk pendapatan negara setahun (bersamaan dengan RM 2201 per kapita sebulan). Apa salahnya menetapkan RM1500 sebagai Gaji Minima?
2.Untuk pekerja dapat menampung kos hidup yang meningkat dan mendapat gaji yang bermaruah.
3.Adalah penting untuk mengurangkan jurang pendapatan antara kaya dan miskin. Juga tidak dapat dinafikan bahawa 20% orang kaya menikmati 51% jumlah pendapatan negara manakala 10% miskin hanya menikmati 1.7% dari jumlah pendapatan Negara.
4.Meningkatkan kuasa beli para pekerja dan boleh mendatangkan kebaikan kepada pasaran domestik.


Alasan-alasan seperti pelabur akan lari, majikan akan muflis, pekerja akan malas, kerajaan akan bankrupt, semuanya retorik dan tidak benar. Apabila Kerajaan Selangor yang budget tahunannya hanya RM1.5 billion dapat mengimlimentasi Gaji Minima RM1500 di syarikat-syarikat GLC dengan menyumbang subsidi bagi syarikat-syarikat tersebut, kenapa Kerajaan Persekutuan yang budget tahunan RM200 bilion tidak dapat laksanakan Gaji Minima?

Persoalan di sini, adakah kerajaan betul-betul berniat untuk melaksanakan Akta Gaji Minima supaya warga pekerja di Malaysia dapat hidup secara bermaruah ataupun ini satu lagi gula-gula pilihanraya untuk meraih undi di PRU Ke-13.


Dipetik dari
JERIT

No comments:

Post a Comment