Wednesday, April 25, 2012

Menangani masalah flat kos rendah di Bandar Teknologi dan Sungai Jelok

Hari ini atas inisiatif Ahli Majlis Sdr S.Arutchelvan, dua mesyuarat telah diadakan antara pihak Penghuni flat, pihak Pemaju dan Suruhanjaya Bangunan MPKj .

Mesyuarat pertama adalah bersama JK Blok N, Bandar teknologi dimana aduan utama penduduk adalah kos penyelenggaran yang tinggi dimana kos telah meningkat dari RM 30 kepada RM 55 setelah pihak IPC mengambilalih penyelengaran. Namun pihak IPC pula mengadu tidak menerima kutipan dari penduduk. Sdr Arul menyarankan penyelesaian sementera menunggu JMB ditubuhkan iaitu sebelum bulan Ogos tahun ini dimana meminta pihak IPC memperbaiki perkhidmatan dan meminta penduduk membayar sedikit penyelenggaran.

Mesyuarat kedua pula adalah dengan Penghuni Blok Sri Indah, Sungai Jelok dimana isu penting adalah mengenai rumah sampah yang menyebabkan bau busuk dekat flat. Selain itu, ada juga beberapa aduan lain seperti longkang tersumbat, tiada lampu di bahagian hadapan dan bekalan air yang kotor. Sdr Arul akan meminta pihak MPKJ menegur kontrakter dan juga akan memanjangkan isu kepada pihak Syabas. Wakil pemaju Encik Low juga memberi kerjasama yang baik dalam menyelesaikan maslah-masalah kecil.

Pihak Agensi penyelengaran Blok N memberi pandangan

Pegawai COB MPkj mendengar pandangan

Pemaju PRKR Sri Indah dan Sdr Arul mendengar rintihan penhuni flat

Sebahagian wakil Jk Sri Indah Sg, Jelok yang hadir
Adalah harapan masyarakat berpendapatan rendah dapat mengatur diri dan menjadi pengerak utama dalam menyelesaikan maslah-masalah dalam pangsapuri. Selain itu, beberapa amalan yang mendikriminasi golongan berpendapatan rendah seperti membayar 2 cukai yang membebankan juga mesti ditangani dengan pindaan undang-undang dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment