12 Januari 2012, Khamis
Hari ini, Dewan Orang Ramai Semenyih digegari dengan 10 buah lagu perjuangan yang khas untuk Pilihanraya (PRU) ke-13.
Kesemua lagu ini telah digubal oleh Sdr. Segar, ahli PSM. Sdr. Segar juga telah berkongsi pengalaman serta intipati lagu-lagu ini, malah menghiburkan lebih 100 orang yang hadir ke majlis pelancaran ini dengan lagu-lagu ini.
Kesemua lagu-lagu ini menyentuh mengenai keperitan hidup serta bebanan yang dihadapi oleh rakyat seperti kenaikan harga barang, GST, penswastaan, amalan perkauman dan sebagainya. Lagu-lagu ini juga menyeru rakyat untuk mengundi wakil-wakil pakatan rakyat.
Majlis turut dimeriahkan dengan tarian-tarian kumpulan anak muda PSM serta drama ahli-ahli PSM Semenyih yang membawa maksud "cukuplah segala penderitaan yang rakyat lalui... kini tiba masa untuk perubahan"...
No comments:
Post a Comment