Thursday, November 3, 2011

PSM turut solidariti dengan MTUC bantah pindaan akta










Keseluruhan kepimpinan PSM turun diseluruh negara membantah pindaan akta pekerja 1955. PSM Semenyih menyertai protes di jalan Raja Laut.


Ribuan pekerja dengan beraninya turun ke jalan raya untuk membantah pindaan akta kerja 1955 pada Khamis lalu. Piket yang dianjurkan oleh Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) di lebih 20 lokasi mengembalikan semangat perjuangan pekerja di Malaysia serta komitmen MTUC yang menuntut kerajaan agar pindaan ini ditarik balik walaupun akta ini telah diluluskan pada 06 October 2011 di Parlimen.
Jeritan pekerja pada hari ini sudah memberi satu amaran keras kepada kerajaan supaya tarik balik pindaan tersebut, dan jika tidak hakikatnya lebih besar daripada hari ini. Piket selama satu setengah jam ini penuh bersemangat serta mengaktifkan kesatuan-kesatuan untuk membela nasib mereka sendiri.
Syabas kepada MTUC. Semangat dan ikhtibar ini harus diteruskan supaya kelas pekerja terus bangkit dan menuntuk hak mereka yang sedang dihakis hari demi hari.

No comments:

Post a Comment