Wednesday, June 8, 2011

SEKITAR KONGRES PSM KE 13 - 3-5 JUN 2011

Bergerak maju dengan genggaman tangan kiri - Kongres PSM ke 13
14 Jun 2011

* PSM Congress



Bendera merah gengaman tangan PSM berkibar megah dari persimpangan Ladang Dovenby ke pusat bandar Sungai Siput. Pesananya cukup jelas – Logo Gengaman kiri merah akan kekal di Parlimen tunggal PSM di Sungai Siput.

Sekitar 400 orang menghadiri upacara pembukaan majlis Kongres PSM ke 13 termasuk para pemimpin parti pembangkang, rakan-rakan NGO, penyokong, delegasi parti serta pemerhati. Aura dan angin revolusi memenuhiDewan Kebajikan Rimba Panjang, Sungai Siput dengan hiasan sepanduk dan bendera serta poster-poster pemimpin kiri dulu dan kini. Kehadiran tiga orang delegasi sosialis Antarabangsa dari Australia, Singapura dan Filipina menyerlahkan suasana Kongres. Lagu Internationale membuka tirai Kongres Nasional PSM ke-13 ini. (Kongres ketiga sejak mendapat pendaftaran parti)

Komrad Saraswathy, seorang aktivis selama tiga dekad, selaku Timbalan Pengerusi PSM memberikan ucapan pembukaan dengan penuh semangat. Selepas itu, diikuti dengan dokumentari singkat mengenai program-program Parti. Ini diikuti oleh Mesej Solidariti dari negara Australia, Indonesia, Filipina, Thailand, Perancis, Pakistan, India, Scotland, dan Hong Kong juga turut disampaikan oleh penyelaras Biro Antarabangsa PSM, Komrad Chon Kai.

Selepas itu, Dr Nasir Hashim, pengasas serta Pengerusi PSM memberikan ucapan Dasar Kongres yang penting. Beliau menyentuh isu-isu terkini, baik nasional maupun antarabangsa. Dr Nasir menimbulkan beberapa soalan penting mengenai hubungan antara PSM dan PR (Pakatan Rakyat), tugas untuk sosialis, keperluan untuk mendedahkan kepincangan SISTEM dan keperluan untuk melawan Sistem Kapitalis. Adakah kita mempunyai strategi yang tepat? Itulah soalan yang diutarakan .

Ini diikuti dengan pelancaran tiga buah buku yang diterbitkan oleh Parti dalam Bahasa Melayu. Dua buah buku panduan Marx dan Trotsky serta buku Dr Kumar, Sosialis tunggal di Parlimen yang berjudul "Maaf, Tuan Speaker ... .. Saya tidak dapat bersetuju ". Ini merupakan pengumpulan perbahasan beliau di Parlimen selama tiga tahun sejak menjadi ahli Parlimen.

Pada waktu malam - perdebatan pertama dimulakan dengan tajuk "Krisis Kapitalis serta kegagalan golongan kiri dan sosialis merebut peluang". Speaker, Komrad Peter Boyle dari Socialist Alliance Australia dan Komrad Rani dari PSM memberikan analisa yang cukup baik. Peter mengatakan, 'Kapitalisme tidak boleh lepas dari krisis ekonomi yang biasa tetapi krisis dalaman ini tidak melemahkan sistem kapitalis, sehingga massa pekerja boleh kompromi untuk menahan rasa keperitan dari krisis ini'. Dan Rani berkata, kapitalis kejam tetapi dapat bertahan? Kapitalisme gagal tapi tidak dapat diusir ...? "

Pada 9:30 malam, pengulasan Ucapan Dasar Pengerusi dimulakan. Dua puluh delegasi mengulas Ucapan Dasar dan ini diiringi dengan tepukan meja dan sorokan. Secara umumnya, pengulas-pengulas meminta PSM untuk terus melawan kenaikan harga dan bertanding dalam pilihan raya akan datang dengan menggunakan logo parti.



Hari kedua - 4 Jun 2011

Lebih dari 150 delegasi dan pemerhati terlibat dalam perbincangan dalaman parti. Ia dimulakan dengan Laporan Aktiviti Parti selama setahun yang lalu oleh Setiausaha Agung PSM, saudara S. Arutchelvan. Beliau menekankan enam senario politik di dalam pilihanraya yang akan datang.

- Adakah Pakatan Rakyat akan memenangi undi masyarakat Melayu dan pengundi luar bandar?

- Cabaran terhadap dasar-dasar neo-liberal, subsidi ditarikbalik, dan penswastaan diperluaskan!

- Adakah Anwar akan dipenjarakan berikutan politik kotor dan jijik oleh BN?

- PERKASA & UTUSAN bermati-matian menggunakan kekebalan mereka untuk membangkitkan ketegangan perkauman.

- Terdapat Kuasa Ketiga? Pertanyaan dan kebingungan?

- PSM menggunakan logo sendiri untuk bertanding - adakah PR akan menerima ini?

Bagi PSM, tahun 2010-2011 dilihat sebagai tahun yang berjaya bagi PSM kerana telah mencapai beberapa keputusan yang luar biasa seperti membina titi gantung di Perje untuk Orang Asal, parti pertama yang menyaman kerajaan BN kerana menolak peruntukan pembangunan di Parlimen Sg Siput, para pemimpin parti terus memimpin rakyat memprotes ketidakadilan dan ramai ahli parti telah ditangkap kerana komitmen menerajui gerakan rakyat.

Sebagai orang Sosialis, ahli-ahli PSM terus menerajui pelbagai kempen yang mempengaruhi massa rakyat anataranya- Perjuangan Akta Gaji Minima, protes air Selangor, protes ISA, melawan dasar kerajaan neo-liberal termasuk FTA, melawan Pindaan Akta Pekerja yang kejam, berjuang menentang penarikbalikan subsidi, protes kenaikan kos pendidikan dan mengatur protes alam sekitar. Ini adalah tahun yang penuh dengan perjuangan besar di mana PSM memainkan peranan penting di setiap protes ini.

Namun, tahun ini juga terdapat insiden hitam iaitu pembunuhan komrad Bala, seorang peguam yang berjuang untuk keadilan rakyat tetapi dibunuh dengan kejam tetapi pembunuhnya masih bebas!

Perdebatan kedua pada hari kedua adalah adalah analisis mengenai peranan dan pengaruh sistem Raja dalam politik nasional. Prof Azmi Sharon dan Komrad Choo Shinn Chei memberikan analisis mereka berdasarkan perspektif sejarah dan pemahaman undang-undang.
Pada sesi petang, laporan dari cawangan dan Penyelaras Biro-biro pusat telah dibentangkan.

Usul – diterima, ditolak, ditarikbalik dan ditangguh

Tahun ini, dua puluh lapan usul telah dibentangkan oleh cawangan dan gerakan front yang merangkumi lapan topik utama iaitu Organisasi, struktur parti, surat khabar parti, pilihan raya, dasar parti, program parti, propaganda dan analisa.

Tujuh belas usul telah diluluskan, 5 ditolak, tiga ditarik balik dan tiga ditangguhkan. Di antara usul yang diluluskan adalah untuk meningkatkan keahlian Parti dengan 20%, mengatur Forum Kiri Anak Muda, membentuk suatu mekanisme untuk menguatkan kepimpinan di cawangan meningkat, bertanding dalam Pilihanraya Kerajaan Tempatan, tidak berkompromi dalam isu bertanding dalam pilihanraya dengan menggunakan logo sendiri, kempen untuk pengangkutan awam yang efektif dan memohon pendaftaran akhbar parti di KDN. Perdebatan yang bersemangat ini diketuai oleh Komrad Sevan dan hanya berakhir sekitar 1 pagi.

Pilihanraya Pusat PSM melihat wajah-wajah baru dan lebih wanita dipilih

Pilihanraya parti dilaksanakan oleh Komrad Cecilia, di mana semua jawatan kecuali empat jawatan tertinggi pusat parti kekal. Dr Nasir Hashim, M. Saraswathy, S. Arutchelvan dan Sivarajan mempertahankan jawatan mereka setelah calon lain menarik diri. Namun, untuk sembilan posisi Jawatankuasa Pusat, 17 calon telah bertanding. Dr Jeyakumar mendapat pengundian terbanyak bersama empat incumbent dulu Ahli jawatankuasa pusat yang baru adalah Saudara Simon, Saudari Soh Hwa Sook, Saudari Kohila dan Saudara Sugumaran.

Posisi lain yang ditanding adalah Timbalan Setiausaha Agung dan Timbalan Bendahari Kehormat. Keputusan Pilihanraya Pusat PSM buat pertama kalinya mencatatkan hampir 50% pemegang jawatan wanita dalam Jawatankuasa Pusat. Pilihanraya ini juga memilih Jawatankuasa Tata Tertib yang baru dan juga dua orang auditor.

12 Resolusi berlalu

Pada hari terakhir, 12 resolusi telah diterima. Di antaranya menggesa Kerajaan menghentikan pemotongan subsidi, memperkenalkan Akta gaji minimum RM 1,500, menyokong Bersih 2.0 dan menyeru semua undang-undang kejam anti-demokrasi ditarik balik.

Upacara penutupan bermula dengan satu pusingan ucapan daripada delegasi-deleasi dan juga pemerhati. Dalam ucapan tersebut semua telah berjanji untuk bekerja keras untuk perjuangan rakyat. Lagu Internationale mengakhiri Kongres Nasional PSM ke-13 dengan penuh semangat. PSM berharap mengharungi tahun yang akan datang dengan lebih cabaran.


Hidup Sosialisme!

Hancurkan Kapitalisme!

Hidup Revolusi!

Bersatulah Pekerja Sedunia!

Dengan gengaman kiri ... para delegasi dan pemerhati meneriakkan slogan-slogan.



D. Letchimi Devi

Diterjemahkan oleh - Nithyayani













































No comments:

Post a Comment