Monday, May 30, 2011

30-31- Pertempuran menyelamatan perumahan pekerja miskin di PJS1









HENTIKAN PENGUSIRAN SECARA PAKSA DAN JAMIN HAK PERUMAHAN TETAP DAN SELESA

DARI KAMPUNG PENEROKA KE PERUMAHAN TRANSIT


Kami Penduduk Rumah Panjang PJS1/Pembeli Blok E ini adalah bekas peneroka bandar dari kampung Muniandy, Kampung Petaling tin, Kampung Setinggan JPS, Kampung Tandang (KTMB), Kampung Medan Sel & Semarak, Kampung Sri Manja dan Kampung Murni yang terdapat di sepanjang Jalan Klang Lama, Petaling Jaya.Sebelum menjadi kampung peneroka , sebahagian besar kami juga mempunyai sejarah lebih 60 tahun menduduki kuarters pekerja Petaling Tin . Ibubapa kami merupakan pekerja lombong bijih timah , Petaling Tin . Tapak rumah panjang kami sekarang juga merupakan tapak asal Petaling Tin . Justeru itu kami merupakan generasi penduduk asal kawasan PJS1.

Sejak tahun 1990an banyak kampung-kampung peneroka di sepanjang Jalan Klang Lama telah diambil atas nama pembangunan. Kerajaan Negeri Selangor pada ketika itu telah menggunakan polisi rakus, Polisi Setinggan Sifar 2005 bersama jenteranya Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) dan telah memindahkan peneroka bandar yang tinggal di sana ke rumah-rumah transit. Kami seramai 300 keluarga pula dipindahkan kerumah-rumah transit pada sekitar tahun 2002. Ramai antara kami dipindahkan ke Rumah Panjang PJS 1 yang dibina oleh Pemaju Peter’s Brickworks Sdn.Bhd dan lebih daripada 100 keluarga dipindahkan ke Projek Perumahan Rakyat Miskin (PPR) Lembah Subang.

Semasa pemindahan Kerajaan Negeri dulu di bawah pimpinan mantan Menteri Besar Selangor Dato Seri Mohd. Khir Toyo telah menjanjikan rumah alternatif kos rendah mampu milik berharga RM35,000 kepada para peneroka bandar dan kami boleh menduduki rumah transit secara percuma sehingga flat dibina.

Kini sudah sembilan tahun namun kami masih menduduki rumah transit.

PERUMAHAN TETAP?

Pada sekitar awal 2003, Pemaju telah menawarkan rumah di blok P yang bakal dibina. Namun kami telah membatalkan tawaran tersebut selepas mendapati blok tersebut akan dibina berdekatan dengan Loji Najis.(LAMPIRAN 1)

Maka dalam tahun 2004,kami seramai 276 keluarga telah menandatangani perjanjian jual beli rumah flat kos rendah (RKR) dengan pemaju Peter Brickworks yang dikenali sebagai Blok E (LAMPIRAN 2) . Namun penantian kami untuk mendapatkan sebuah rumah tetap menjadi hampa apabila kami mendapati pemaju telah menhentikan kerja-kerja pembinaan RKR akibat satu perintah mahkamah bertarikh 9/7/2004 yang menghendaki pihak berkuasa MBPJ mengisukan notis pemberhentian kerja kepada pemaju. Alasannya adalah MBPJ tidak mematuhi peruntukkan undang-undang berkenaan apabila memberi kelulusan kepada pemaju untuk membangunkan projek tersebut.

PIHAK MBPJ DAN PEMAJU HARUS DISALAHKAN AKIBAT PERUMAHAN KAMI LEWAT .

Sejak itu, kami telah mengadakan banyak rundingan bersama pemaju, Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Parlimen dan MBPJ.

Hasilnya dalam bulan Januari 2010, dengan campurtangan kerajaan negeri satu tapak baru telah dikenal pasti untuk membina RKR kami.Pemaju Peter Brickworks setuju untuk membina RKR dengan syarat kami harus keluar dari rumah panjang tersebut. Kerajaan negeri dan MBPJ pula telah menawarkan:

1. Kerajaan negeri perlu mengecualikan penduduk-penduduk yang telah menerima tawaran daripada berpindah ke rumah pangsa PPR,

2. Menawarkan sewa bulanan sementara sebanyak RM500 untuk 24 bulan dan wang pemindahan sebanyak RM2825 untuk setiap penghuni rumah panjang tersebut (surat MBPJ bertarikh 20.5.2010) (LAMPIRAN 3)

3. Menjalankan rundingan dengan pihak bank yang membiayai projek yang telah dihalang supaya tunggakan pinjaman kami dihapuskan,

TETAPI BAGAIMANA PULA DENGAN PERJANJIAN JUAL /BELI YANG TELAH DITANDATANGANI PADA TAHUN 2004 DENGAN PEMAJU PETER BRICKWORKS UNTUK RUMAH RKR??

dipetik dari JERIT

No comments:

Post a Comment