Akhirnya kesemua pekerja Ladang Denudin telah diberikan notis berhenti kerja. Pada akhir bulan Mei nanti, pekerjaan mereka untuk beberapa generasi akan tamat dan mereka masih tidak pasti akan masa depan mereka. Terdapat juga ramai pekerja bersara yang masih tiada sebarang rumah, ramai yang sudah berusia. Mesyuarat hari ini memutuskan bahawa perjuangan utama mereka adalah menuntut rumah kos rendah teres disamping pampasan yang memadai untuk membolehkan mereka memiliki rumah tersebut. Mereka juga mahukan semua kemudahan ladang dikekalkan sehingga masalah mereka selesai.
No comments:
Post a Comment