Sunday, April 24, 2011

23-4-11 PAS Batu mengenang semangat tahun 1946









Hari ini saya menjadi salah seorang pemidato dalam Mesyuarat tahunan PAS Batu di Gombak. Turut bersama adalah Tian Chua (PKR), Koh (PRM), Seng Giau (DAP), Aliza GMI)dan Kohila (JERIT. Tetamu kehormat adalah Ahli JK Pusat PAS Sdr. Husam.

Ucapan permulaan dibuat pak Ishak Surin yang mengatakan tentang semangat Burhanuddin helmuy mencari persamaan politik pada tahun 1946 - PUTERA-AMCJA sehingga tercetusnya HARTAL 1947. Turut bersama adalah Pak Subky Latif - bekas Pengerusi PAS Batu.

Komrad Kohila dari JERIT memulakan siri pidato dengan berkata bahawa PR mesti melibatkan diri dalam isu rakyat dan tidak terpesong dari agenda rakyat. Saya pula mengucapkan tahniah kepada PAS Batu kerana berani dan berprinsip. Saya mengatakan bahawa sebelum 1969 - agenda politik negara hanya penentangan antara golongan yang menyokong rakyat marhaen dan mereka yang menyokong kaum bangsawan. Keadaan ini berubah menjadi pergolakan politik perkauman dan agama selepas 1969. Agenda perkauman hanya membantu pemerintah memecah-belahkan rakyat. Saya menyeru kita bersama atas dasar dan prinisp perjuangan menentang golongan kapitalis dan BN dan berbaris bersama rakyat biasa.

No comments:

Post a Comment