Monday, March 21, 2011

14-3-11 PSM bantu ribuan pelabur pendapatan rendah mangsa skim Bestino






Hari ini 14-3-2011, seramai 200 orang pelabur yang menjadi mangsa dan tertipu
dalam sejenis skim cepat kaya yang di kenali “Bestino Pelaburan Emas” mendesak
Menteri Kewangan Malaysia Dato Sri Najib Tun Razak supaya menggunakan ketegasan politik dan prinsip rakyat di dahulukan untuk memulangkan wang pelaburan ribuan pelabur –pelabur berpendapatan rendah yang berjumlah rm 400 juta ringgit.

Tindakan hari ini merupakan usaha dan inisiasitif PSM yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi PSM Komrad Saras dan turut di sertainya adalah Setiausaha Agung PSM Arul, Sivarajan, Selvam ,Sugu dan komrad-komrad lain dari PSM.

Antara Kandungan Memorandum seperti di bawah :

Kami para pelabur dari golongan rakyat biasa lebih daripada 6764 orang yang
telah melaburkan wang simpanan kami sebanyak RM 400 juta dalam skim
Bestino Golden House Sdn Bhd dan Bestino Group Bhd , kini menjadi mangsa dan
wang yang dilaburnya tidak di pulangkan sehingga hari ini.

Pada masa yang sama,sikap pihak Bank Negara dan juga pihak Suruhajaya Sekuriti Malaysia(SSM) yang mendiamkan diri dengan tidak mengambil sebarang langkah -langkah
pencegahan awal dari penyertaan orang ramai sekiranya skim Bestino ini tidak mempunyai kebenaran untuk mengambil deposit dan melanggar undangundang mengeluarkan saham kepada orang ramai

Akhibatnya ,jutaan ringgit yang di labur secara sah dalam Bestino ,kini berada
dalam situasi yang tidak terjamin dan para pelabur di letakkan dalam kebimbangan
seolah-olah wang pelaburannya akan di hangus ?

[A].Ringkasan Latar Belakang Pelaburan Dalam Skim Bestino
Pada tahun 2006 pihak Bestino dan syarikat sekutunya telah menggalak ,
mendorong dan menjemput orang ramai untuk melabur dalam skim pelaburan
Bestino. Penaja dan pengusaha dalam skim ini merupakan orang yang terkenal
dalam bidang perniagaan emas dan juga di kenali di kalangan orang ramai.
Pada masa yang sama, penaja/pengusaha skim ini yang bernama Chong Yuk Ming
dan rakan kongsinya yang berpengaruh dalam perniagaan emas dan membuka
lokasi perniagaanya dengan nama perniagaan “ Batu Pahat Gold Smith” di
beberapa tempat dalam negara ini.

Syarikat Bestino ini mendaftarkan perniagaanya dalam Suruhanjaya Sekuriti
Malaysia (SSM) (rujuk salinan perndaftaran perniagaan –Lampiran-A ) dan
juga butir-butir dan maklumat skim Bestino pernah di keluarkan dalam akhbar-akhbar tempatan, informasinya dipaparkan dalam laman web dan profile perniagaanya juga di
keluarkan melalui bahanbahan cetakan

Orang ramai percaya terhadap skim ini dan melabur dengan wang minima RM.10 ribu hingga ratusan ribu dengan menggunakan wang pengeluaran dari EPF,pinjaman dari bank dan pinjaman kredit,wang insuran,wang simpanan masa depan,mengadaikan emas dan rumah
di bank,pinjaman dari koperasi,pinjaman dari money lender ,wang pencen dan
sumber-sumber lain.

Secara tiba-tiba mulai pertengahan tahun 2009, pihak Bestino menghentikan
pembayaran faedahnya dan tidak memberikan sebarang maklumbalas. Ini menyebabkan para pelabur mendesak dan meminta wang pelaburannya dipulangkan . Selepas itu,pihak Bestino memberikan jaminan kepada kami melalui surat-suratnya yang bertarikh pada 5-8-2009,14-11-2009,3-2-2010,7.6.2010 dan 20-9-2010 dan meminta pihak kami bersabar dan juga mengatakan bahawa wang pelaburannya akan di pulangkan setelah penjualan harta milik Bestino yang berada di luar negara di realisasikan.(rujuk salinan-surat dilampirkan –Lampiran-C)

Tetapi kegagalan pihak Bestino tidak menunaikan janjinya menyebabkan pihak kami telah menghantar sepucuk surat kepada pihak Bestino pada 9-2-2011 supaya memberikan satu keputusan muktamad mengenai kedudukan terkini .

Akhirnya pihak Bestino memberikan jawapan dalam suratnya bertarikh pada 18-2-2011 bahawa pengarah syarikat berlepas ke Hong Kong pada 18-2-2011 untuk menguruskan pemulangan wang ke Malaysia.

Justeru kami ,meminta YAB. Dato Sri Menteri Kewangan bercampurtangan dan
merayu untuk mengambil tindakan-tindakan seperti berikut:-
1. Kementerian Kewangan perlu bercampurtangan untuk mengambil
langkah-langkah wajar bagi memulangkan wang pelaburan kami
dalam Kumpulan Bestino Golden House Sdn Bhd dan Bestino Group
2. Menubuhkan suatu jawatankuasa khas di bawah Kementerian
Kewangan untuk mengadakan perbincangan dengan para pelabur
bersama pihak Bank Negara dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk
menyelesaikan masalah ini melalui amalan perbincangan
3. Mengklasifikasikan isu para pelabur yang berpendapatan rendah ini
sebagai kes ikhlas( genuine) dan khas( special ) kerana melabur secara
suci hati dan kewujudan harapan sah ,maka pertimbangan khusus
diberikan untuk mencari penyelesaian.
4. Mempastikan kes Bestino ini tidak akan di seneraikan seperti skimskim
terdahulu yang mana wang pelaburannya orang ramai dihangus
dan kami mahukan pihak Kementerian Kewangan menggunakan
budibicara dan ketegasan politik untuk menyelesaikan pelaburan yang
melibatkan rakyat berpendapatan rendah secara baik


Sekian Terima Kasih.
Yang Benar
AJK dan Pelabur-Pelabur Skim Bestino

No comments:

Post a Comment