Thursday, February 10, 2011
9-2-11 ARUTCHELVAN SIFATKAN SIASATAN POLIS BERMOTIF MENGUJUDKAN KETAKUTAN DAN HANYA MEMBUANG MASA DAN WANG RAKYAT
Cheras, 9 Februari 2011
Hari ini Setiausaha Agung PSM, Sdr S.Arutchelvan pergi ke IPD Cheras untuk memberikan keterangan dibawah Seskyen 112 Kanun Acara Jenayah mengenai perhimpunan Aman di hadapan kedutaan Amerika Suarikat pada 4hb. Februari 2011 mengenai isu Mesir. Sdr Arul telah diiringi oleh lebihkurang 15 orang penyokong PSM diketuai oleh Dr. Nasir Hashim –Pengerusi Nasional PSM.
Kenyataan diambil oleh Inspector Faizal dan berlangsung kurang 30 minit ekoran Sdr Arul menggunakan khuasa dalam Seksyen 112 (2) dan enggan menjawab soalan-soalan mengenai perhimpunan tersebut dan berkata hanya akan bercakap di mahkamah sekiranya didakwa.
Insp faizal bertanya dimanakan Sdr Arul pada masa dan tarikh perhimpunan tersebut dan juga bertanyakan mengenai beberapa pemimpin pembangkang lain seperti Sdr Muhamamd Sabu, Salahuddin Ayob dan Shamsul Iskandar. Menurut polis , mereka akan memanggil beberapa orang lagi untuk mengambil kenyataan.
Semasa bercakap kepada media selepas itu, Sdr Arul mengatakan bahawa perhimpunan tempoh hari adalah perhimpunan aman dan hanya menjadi kecoh setelah program berakhir apabila polis memulakan provokasi. Beliau juga berkata bahawa polis memang membuang masa membuat siasatan ini memandangkan polis ada banyak lagi kerja penting seperti memerangi jenayah. Beliau juga berpendapat bahawa polis atas arahan Kerajaan mungkin berniat untuk menakutkan aktivis supaya mereka tidak menjalankan demonstasi lagi. Beliau berkata sebagai aktivis rakyat, kita akan teruskan perjuangan ini dan memang kami mempunyai hak untuk berhimpun secara aman. Beliau juga memandang ada sikap lebih toleransi tentera Mesir membenarkan perhimpunan Aman di mesir berbanding dengan tindakan polis di tanahair.
Siasatan berakhir dalam masa setengah jam dan polis meminta nombor telepon aktivis pembangkang lain dimana saya menyuruh polis mencari nombor itu sendiri. Saya juga sekali lagi berulang, jangan buang masa kamu !
No comments:
Post a Comment