Saturday, February 5, 2011
4 Feb - Ribuan rakyat Malaysia sokong Revolusi rakyat Mesir
Hari ini, ribuan rakyat Malaysia turun menunjukkan solidariti kepada perjuangan rakyat Mesir mendesak pertukaran kerajaan dan Hosni Mubarak turun dari takhta. Perarakan dari Masjid KLCC ke Kedutaan Amerika Syarikat disertai oleh lebihkurang 5 ribu orang walaupun ia merupakan cuti panjang di Malaysia. Dengan baner dan menjerit Turun turun Mubarak ! perarakan itu berjaya sampai ke Kedutaan Amerika Syarikat. Disana saya mewakili Parti Politik dan NGO membacakan memorandum kepada wakil Duta US.
Antara kehadiran parti politik adalah dari PAS, PSM dan PKR. Turut hadir adalah NGO seperti IKRAM, JIM dan SUARAM. Muhamamd Sabu bersama dengan Syed Ibrahim mengetuai perarakan ini bersama Dr. Nasir Hashim dan Shamsul Iskandar.
Setelah perarakan tamat dan semasa semua bersurai, polis melepaskan agen provakater dan hasil kacau ganggu mereka dan reaksi, seramai 7 orang telah ditahan. Polis juga dengan cukup biadap melepaskan meriam air keats apenduduk yang sedang bersurai. Nampaknya Tentera Mesir lebih rasional dari polis Malaysia.
No comments:
Post a Comment