Thursday, February 24, 2011

23 Feb 11 - 2 Menteri & 1 Timbalan terus ugut pekerja Ladang Bukit Jalil berpindah !







Para Jawatankuasa penduduk Bekas pekerja Ladang Bukit Jalil hari ini memulakan mesyuarat dengan dengan YB Dato Raja Nong Chik, Datuk S.Subramaniam - Menteri Sumber Manusia dan Datuk Saravanan dalam suasana tegang dan bertengkar. Ini adalah disebabkan arahan Menteri yang tidak mahu aktivis rakyat dan wakil JK menghadiri mesyuarat ini.

Setelah para JK penduduk seramai enam orang masuk dan bertengkar, akhirnya wakil aktivis iaitu Sdr. S.Arutchelvan, V.Selvam dan E.Nalini dibenarkan masuk tetapi diberi arahan untuk tidak bercakap tetapi hanya mendengar pengumuman.

Namun demikian, setelah masuk mereka tidak mengendahakan arahan tersebut dan terus menguasai mesyuarat yang sering kali tegang kerana Dato Raja Nong Chik memang tidak berminat untuk berbincang tetapi mahu membuat pengumuman dan mahu pekerja berpindah.

Beliau Menteri Wilayah itu mengumumkan pakej pampasan baru dimana bekas pekerja akan mendapat pampasan melipatkali ganda tetapi kena berpindah dan mereka diberi masa seminggu sahaja untuk mempertimbangkan pampasan itu.

Selain itu, sekali lagi mereka berkata bahawa tanah perkuburan, sekolah dan kuil akan dikekalkan di tempat yang sama.

Penduduk juga meminta perumahan kos rendah teres dan supaya Ordinan Darurat tidak lagi digunakan. JK Bekas pekerja juga meminta masa 2 minggu untuk menjawab tetapi mereka hanya diberi masa seminggu. Raja Nong Chik nampaknya tidak berminat untuk berdialog dan hanya berminat untuk membuat pengumuman sahaja.

Para penduduk akan membuat satu sidangakhbar pada jam 10pagi pada 25 Februari di ladang Bukit Jalil untuk memperjelaskan posisi JK penduduk.

No comments:

Post a Comment