Monday, February 14, 2011
10-2-11 Bank Dunia tentukan Gaji Minima ? Menteri tak beri komitmen !
Hari ini Kementerian Sumber Manusia dibawah Bossnya Datuk Dr. S.Subramaniam, Menteri Sumber Manusia melancarkan makmal Gaji Minima. Program ini diadakan di PICC , Putrajaya yang megah dan lumayan. Makmal ini diadakan antara 7 hingga 14 Februari tetapi pelakon utama dalam Makmal ini adalah Bank Dunia. Mereka membuat kajian dan memberi analisa dan pandangan mereka.
Saya turut menghadiri Makmal ini bagi pihak Dr. Jeyakumar yang berada di luar negara. Turut bersama adalah Ahli Parlimen BN dan PR. Kerana mereka semua berpakaian coat dan tie, nampak tidak banyak beza antara dua kumpulan ini.
Menteri Sumber Manusia semasa membuat ucapan pembukaan mengatakan bahawa Kementerian masih belum membuat keputusan muktamat mengenai gaji minima dan masih mendapat maklumbalas rakyat dan hari ini adalah untuk mendapat maklumbalas Ahli Parlimen. Beliau turut semasa memberi ucapan memberi pengiktirafan kepada JERIT dengan menunding kearah saya dan bekata mereka ini adalah satu kumpulan yang kuat buat bising dan mereka juga ada buat demo dihadapan pejabatnya.
Menteri juga memberi perangkaan gaji semasa di negara kita dimana semuanya dalam lingkungan RM500 - RM 600. Beliau juga mengakui Malaysia berazam menjadi negara berpendapatan tinggi iaitu ingin meningkatkan pendapatan perkapita dari RM 7,000 ke RM 15,000 menjelang 2020. Beliau juga berkata Pasaran Bebas tidak bekerja di negara kita dan gaji pekerja memang telah dikurangkan(supress) dengan adanya pekerja Asing. Beliau juga mengakui kenaikan harga dan inflasi dan berkata semua orang tiada halangan untuk pekerja diberi gaji lebih tetapi persoalan adalah samada ia mampu dilaksanakan.
Wakil Bank Dunia pula kemudian menjadi agen utama dalam mengutaraan isu ini. Yang pelik adalah pandangan mereka bahawa Gaji Minima patut dilaksanakan kerana ia mempromosi pasaran buruh yang berkesan dan menolak pandangan bahawa gaji minima perlu untuk mengurangkan jurang antara kaya dan miskin dan juga untuk meningkatkan produktiviti. Antara saranan mereka adalah Gaji minima harus ada satu kadar minima untuk seluruh negara, gaji minima pekerja tempatan dan asing mesti sama, gaji minima apabila dilaksankan sepatutnya memberi kesan kepada satu kumpulan minoriti sahaja, ia harus mengambilkira juga gaji pekerja informal juga(biasanya kurang dari pekerja formal) dan bagaimana mencapai satu persimpangan. Mereka juga bertanya bagaimana kita hendak menstruktur Majlis Gaji Minima? Mereka juga mengutarakan pengalaman negara Korea Selatan dan Chile.
Persatuan Majikan yang hadir terus mengutuk kerajaan dan Bank Dunia. Mereka angkuh kerana pandangan mereka tidak diterima dan mereka mengugut bahawa gaji minima jika dilaksanakan akan memberi masalah besar kepada negara. Mereka berkata bahawa sektor pekerja asing haram akan menjadi lebih luas. Menteri turut mengugut bahawa kita tidak boleh memastikan syarikat asing masih melabur di Malaysia dan kita kena berhati-hati. Beberapa pemimpin PR bertanya mengapa sistem pasaran tidak berjaya dan apakah kelemahan pada ekonomi negara. Mereka turut mengatakan bahawa di negara kita sektor pekerja asing adalah tinggi dan kesatuan sekerja pula adalah lemah.
Sebagai mewakili pandangan sosialis, saya telah bertanyakan beberapa soalan dan pandangan
1. saya bertanya samada Menteri Sumber Manusia serius untuk laksanakan gaji minima atau tidak atau takut kepada kaum majikan. saya turut mengutuk bahawa kaum majikan sentiasa membuli kerajaan. Kenyataan kerajaan ayng tidak pasti membimbangkan kita bahawa gaji minima tidak akan dilaksanakan.
2. Saya mengatakan bahawa Bank Dunia kerana polisi neo-liberal dan pro-kapitalis telah menghancurkan ekonomi banyak negara dunia ketiga dan kita kena berhati-hati dengan nasihat mereka.
3. Saya bertanpa bagaiman sebuah negara macam Malaysia ingin mencapai status gaji tinggi padahal pengalaman ekonomi pasaran persaingan dimana pihak yang mahu membawa masuk FDI mahu gaji ditetapkan pada tahap minima. Bagaimana kontrodiksi ini boleh diatasi oleh Kerajaan
4. Saya menyarankan bahawa apa yang diperlukan adalah pengagihan kekayaan dan bukan pertumbuhan ekonomi ( redistribution and not growth). Saya bertanya samada ada negara yang ada had gaji atau kekayaan. (Jawapan adalah tidak)
5. Saya tidak setuju bahawa memberi gaji minima tidak akan memberi kesan kepada agihan kekayaan negara. Saya berpendapat bahwa gaji minima dapat mengurangkan jurang ini
6. Saya mengutuk kelemahan kerajaan yang tiada kemampuan untuk menguatkuasa pelbagai akta buruh seperti akta keselamatan dan kesihatan, akta buruh dan sebagainya. Oleh yang demikian- jika diimplementasi juga gaji minima , mungkin ia tidak akan dilaksanakan dan tiada penguatkuasaan.
7. Saya mengulangi hujah Dr. Kumar bahawa "this is a race to the bottom". Saya menuntut Menteri melihat penyelesiaan diluar konteks sistem kapitalis dan saya berkata bahawa persaingan hanya menyebabkan penindasan berleluasa dan berkata kaum kapitalis tiada kesetiaan kepada mana-mana negara. mereka hanya setia kepada wang dan keuntungan.Dan kita tidak harus bergantung kepada mereka
Akhirkata wakil Bank Negara berkata semua pandangan kita akan diambilkira. Semasa saya keluar dari Dewan tersebut, dua orang wakil Bank Dunia menemui saya dan berkata bahawa saya tidak seharusnya melihat mereka sebagai musuh. Mereka hanya penganalisa dan pengkaji dan mereka tidak dikawal oleh Amerika Syarikat. Mereka mahu kita menggunakan mereka untuk kebaikan kaum pekerja. Mendengar pandangan mereka, mungkin saya sudah menguris naluri mereka. Isu pokok mengenai gaji minima adalah ia adalah persoalan idelogi. Gaji minima adalah satu bentuk campurtangan kepada pasaran bebas dan memang ia tidak disukai oleh kaum kapitalis. Pada masa yang sama, ia adalah satu reform yang terpaksa kaum kapitalis buat untuk memastikan sistem kapitalis terus berjalan.
Tuntutan untuk gaji minima adalah satu tuntutan kaum sosialis sebagai langkah transisi. Pengagihan kekayaan yang lebih saksama hanya boleh ditentukan semasa kaum sosialis dan pekerja memerintah.
Saya balik dengan satu kerisuaan, adakah BN akan laksanakan gaji minima? Mungkin mereka akan umumkan sesuatu sebelum pilihanraya menenai gaji minima dan yang tidak yakin mereka akan melaksanakannya.........
No comments:
Post a Comment