Wednesday, January 12, 2011

12-1-11 PSM Sg. Siput bawa kes ke PERKESO





Perkeso telah diwujudkan untuk memberi perlindungan kepada pekerja dan juga keluarga pekerja kita. Inilah matlamat utama skim Perkeso diwujudkan. Malangnya, keazaman sebahagian Pegawai Perkeso untuk menjimatkan dana Perkeso dan falsafah pemikiran pemerintah menjejaskan perlindungan yang harus diberi pada pekerja.

Hari ini, Dr. Jeyakumar - Ahli Parlimen PSM Sungai Siput terpaksa mengutarakan tiga kes PERKESO ke ibupejabat PERKESO setelah surat menyurat beliau tidak mendapat sebarang reaksi dari PERKESO dan Menteri Sumber Manusia.

Hari ini Dr. Jeyakumar bersama satu delegasi ahli-ahli PSM Sungai Siput dan beberapa mangsa PERKESO telah pergi ke ibupejabat PERKESO di Jalan Ampang. Mereka telah bertemu dengan dengan Pengarah Eksekutif PERKESO K.Selvarajah dan berapa orang pegawai PERKESO.

Dalam pertemuan selama satu jam ini, Dr. Jeyakumar membawa isu beberapa ahli PERKESO ditolak permohonan kerana menurutnya sistem birokrasi dan focus kepada DANA telah mengkaburkan Pegawai PERKESO mengenai hak mengapa PERKESO diwujudkan.

No comments:

Post a Comment