Sunday, January 2, 2011

5-12-10 Demo Air Selangor - Ditahan awal-awal lagi kerana pakai merah





Saya, Dr.Nasir dan A.Sivarajan menjadi mangsa pertama tangkapan polis semasa demo air Negeri Selangor. Kami ditahan awal-awal lagi iaitu lebihkurang jam 11.30pagi semasa kami sedang berjalan menuju ke KL Sentral untuk mengambil keretapi ke perhimpunan di Masjid Negara. Tiba-tiba seramai 3 orang anggota polis menahan kami kerana memakai baju merah. Kami terus meneruskan perjalanan kami ke KL Sentral tetapi dalam sedikit masa lebihkurang 20 orang anggota polis mengepung kami. Kami ditahan kerana menurut polis cubaan melibatkan diri dalam perhimpunan haram dan kerana kami memakai baju merah.Ini dibuat mengikut mereka kerana arahan OCPD Sentul. Kami kemudian telah dibawa ke tempat tahanan Pasukan Gerakan Am di Cheras. Kami kemudian dibebaskan tanpa sebarang kenyataan diambil. Kami berpendapat tindakan polis menahan kami adalah satu pencabulan hak asasi kami dan penahanan kami adalah tidak sah.

Kami kemudian difahamkan lebihkurang 8,000 orang telah berhimpun dan polis telah bertindak ganas terhadap mereka sehingga 48 orang ditahan.


Dipetik dari malaysian Insider

Himpunan air: Polis tahan Adun Kota Damansara
TERKINI @ 02:54:02 PM 05-12-2010
Oleh Boo Su-Lyn
December 05, 2010


KUALA LUMPUR, 5 Dis — Adun Kota Damansara Dr Nasir Hashim ditahan oleh pihak polis di kawasan KL Sentral ketika beliau dalam perjalanan untuk menyertai himpunan protes air Selangor di pekarangan Masjid Negara di sini.

Ahli majlis Shah Alam Sivarajan dan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S. Arulchelvam juga ditahan, kata pembantu peribadi kepada Ahli Parlimen Subang R. Sivarasa, Peter Chong.

“Dr Nasir, Sivarajan dan Arul telah ditahan di KL Sentral,” kata Chong kepada pemberita di sini. “Mereka dibawa ke ibu pejabat polis di Cheras,” katanya.

“Selepas (peserta umat Islam) selesai bersolat, kami akan bergerak ke Istana Negara,” kata Ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang kepada The Malaysian Insider hari ini.

Peserta-peserta himpunan protes air melaungkan “Hancurkan Syabas”, “Hancurkan Umno” dan “Hancurkan BN”.

Mereka berusaha untuk menghimpukan sekitar 20,000 peserta.

“Sasaran kami ialah 20,000 orang,” kata anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR Dr Badrulamin Bahron kepada The Malaysian Insider.

Kempen “Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat” anjuran Selangor sejak 13 November lalu telah melepasi sasaran menghimpunkan lebih 100,000 tandatangan.

No comments:

Post a Comment