Monday, January 31, 2011

30-1-11 Hujan melimpah di Makkal Ponggal














Makkal Ponggal ke 16, anjuran tahunan Pusat pembangunan Masyarakat (CDC) tahun ini dianjur bersama dengan Masyarakat Taman Sri Tanjung dan MPP zon 18 dibawa Saudara S.Arutchelvan.

Namun program tahun ini menyaksikan hujan sepanjang program dari awal pagi sehingga program tamat pada jam lebihkurang 1.30 tengahari. namun demikian kekretifan Pengerusi RT taman Sri tanjung Sdr Karim memastikan program ini dapat dijalankan juga di kawasan tempat letak kereta dibawah Flat dan dikhemah-khemah yang disediakan.

Malah perasmian Ponggal Rakyat dan pertandingan Ponggal yang biasanya dijalankan di tempat terbuka, tahun ini dijalankan dibawah khemah. Namun demikian Ponggal tahun ini menyaksikan satu keunikan dimana ia buat pertama kalinya dijalankan di kawasan majoriti orang Melayu dan hampir separuh atau lebih peserta adalah dari masyarakat Melayu.

Program ini berjaya menjalin rasa perpaduan yang semakin tercabar pada hari ini. Selain itu, penganjur tahun ini juga telah mengadakan pertandingan membuat layang-layang dengan bertemakan ' Bantah FTA". Maka isu FTA juga dapat ditampilkan. Selain program tradisi Ponggal, juga diadakan sukaneka yang disertai oleh ramai kanak-kank di flat tersebut.


Seperti setiap tahun yang lepas , program dilancarkan dengan para peserta sama-sama menaruh segenggam beras kedalam peruik untuk memasak nasi manis ponggal. Laungan Ponggalgal Ponggal dan lagu Melayu saling menyeri program ini. Turut memeriahkan program kali ini adalah Ahli Parlimen Hulu langat Dr. Che Rosli.

Hujan tidak berhenti. Penganjur Encik Karim berkata itu rahmat. Saya pula tersenyum kerana dalam ucapan saya,saya telah bercakap tentang krisis cuaca dan mengapa kita kena menjaga alam sekitar kerana kita tidak mampu menang jika kita bertembung dengan alam sekitar. Hari ini hujan tidak dapat dihentikan tetapi kita telah melakukan beberapa perubahan untuk memastikan program makkal ponggal ke 16 berjaya.

No comments:

Post a Comment