Sunday, January 2, 2011
23-12-10 - Mesyuarat penting untuk bincang masadepan bekas pekerja Ladang Bangi
Hari ini satu mesyuarat tergempar telah daidakan di Ladang Bangi, Selangor ekoran ada berita ladang mereka sudah dibeli oleh seorang pemaju.pembangunan perumahan dan perniagaan di atas PT 89787 (sebahagian lot asal Lot 41146), Mukim Kajang, daerah Hulu langat, Selangor D.E.
Seramai 24 rumah terdiri dari masyarakat pekerja ladang masih menetap disana.Ladang ini tamat beroperasi pada tahun 2000 dan pada tahun 2007, rumah alternatives tetap teres telah dijanjikan semasa satu mesyaurat yang diadakan di Pejabat Daerah Kajang pada masa itu yang dihadiri oleh wakil ladang dan wakil Syarikat ladang dimana dijanjikan sebanyak 44 rumah dan sebuah kuil akan dibina.
Namun hari ini,bekas pekerja ini dikejutkan dengan berita bahawa ladang mereka sudah dijual dan rumah teres yang dijanjikan tidak ada lagi dalam rancangan baru.
Mesyuarat hari ini memutuskan untuk terus berjuang untuk rumah teres yang dijanjikan.
No comments:
Post a Comment