Sunday, January 2, 2011
2-1-11 PSM Kajang sambut Tahun Baru bersama Ahli
Untuk mengaktifkan ahli cawangan, PSM Kajang telah mengadakan sambutan tahun Baru dan jamuan ringkas. Lebih 20 orang Ahli termasuk anak-anak muda hadir ke program yang agak sederhana ini. Walaupun penganjur mengharapkan kehadiran yang lebih ramai tetapi program ini masih berjalan dengan lancar dengan persembahan slide setahun perjuangan cawangan, permainan menguji pengetahuan idelogi dan ucapan. Ahli Jawatankuasa Pusat yang turut hadir adalah Setiausaha Agung S.Arutchelvan dan Ahli JK Pusat, Komrad V.Selvam.
Program ini juga bertujuan mendapatkan komitmen ahli dari segi usaha tenaga dan kewangan. SUA Agung juga memuji cawangan kajang kerana usaha mereka menyelaraskan Pustaka Kiri. Namun demikian beliau juga meminta setiap ahli untuk mengorbankan masa demi perjuangan ini kerana kaum sosialis memang memainkan peranan penting dalam memastikan keadilan dan kesaksamaan majoriti rakyat.
No comments:
Post a Comment