Sunday, January 16, 2011

16 Januari - Gotong-royong dan kesedaran Deman Denggi di Broga









Pagi-pagi penduduk Kampung Broga Tarun, Semenyih telah datang untuk membuat gotong-royong dan juga mereka mengutip barang-barang untuk dikitar semula. Program hari ini dianjurkan bersama antara JK penduduk, MPP zon 18, pihak Kontrakter Alam Flora dan Pejabat Kesihatan Hulu Langat.

Program bermula dengan taklimat mengenai Deman Denggi. Selepas itu, program gotong royong juga dimulakan. Selain itu, penduduk-penduduk juga membawa masuk bahan-bahan untuk dikitar semula. Beberapa ahli PSM Semenyih juga turut melibatkan diri dalam program hari ini.

Setahun yang lalu, memang terdapat banyak kes Denggi dilaporkan disini. Selain itu juga wujud masalah penduduk membuang sampah ke dalam sungai.

Broga memang terkenal dengan kecantikan alamnya dan berlokasi bersebelahan kawasan bergunung. Dulu penduduk disini berjaya menghentikan pembinaan Insinerator. Oleh yang demikian memastikan kebersihan Kampung Broga adalah satu aktiviti penting masyarakat disini.

No comments:

Post a Comment