Friday, December 3, 2010

18 Nov - Aduan polis terhadap G-Team Maika Holdings







Hari ini, saya bersama Nalini E dan Bawani berserta dengan beberapa ahli PSM dari Banting mengiringi bekas Pekerja Ladang Tumbuk untuk membuat aduan terhadap G Team (Pemilik Maika Holdings Berhad) kerana mengancam keamanan dan kehormonian, Ugutan secara jenayah, menceroboh dan mengancam membuat pengusiran secara paksa

Aduan dibuat dan ditandatangani oleh semua penduduk yang mesih menetap di ladang tersebut dibawah naungan Jawatankuasa Penduduk Ladang Tumbuk. Bekas pekerja Ladang Tumbuk yang menandatangani aduan polis adalah bekas pekerja ladang Tumbuk yang terletak di dekat dengan Morib.

Para pekerja ini telah diberhentikan kerja pada tahun 2007 tetapi pihak Tuan ladang iaitu Maika Holdings masih belum menunaikan janji memberi rumah kos rendah untuk mereka walaupun sudah dipersetujui. Kini masalah mereka dalam proses rundingan dan penyelesaian yang melibatkan beberapa pihak termasuk Kerajaan Negeri Selangor,

Namun kebelakangan ini, tuan ladang yang baru iaitu yang dikenali sebagai G-team sedang cuba mengusir kemai secara paksa, membuat ugutan dan mengancam keharmonian di ladang kami. Tujuan mereka adalah untuk mengusir para pekerja yang menuntut perunahan alternative yang dijanjikan.

Hari ini, para penduduk Ladang Tumbuk membuat aduan terhadap salah seorang wakil dari G Team Maika Holdings yang telah membuat ugutan dan intimidasi terhadap penduduk Ladang Tumbuk yang masih tinggal di ladang.

Pada 1 hb November, beliau bersama dengan beberapa wakil G Team Maika Holdings telah memberikan wang sejumlah RM 25 ribu kepada beberapa orang penduduk ladang yang mahu pindah dari ladang tersebut dan selepas penyerahan wang tersebut, ada penduduk dimaklumkan secara lisan bahawa, pada bulan Disember nanti, penduduk Ladang Tumbuk yang enggan berpindah dan inginkan rumah di ladang tersebut akan menghadapi pengusiran dan perobohan rumah. Kemudahan air dan elektrik akan mula dipotong dan penduduk akan diusir daripada ladang tersebut.

Pada 3hb November pula, Gangster pemilik tanah membuat ugutan terhadap salah seorang pekerja ladang antaranya paksaan. Ekoran daripada itu para pekerja ladang telah mengalami gangguan fikiran apabila mereka diugut. Malah samseng juga mengugut pekerja ladang yang lain bahawa sekiranya mereka mengambil duit yang diberikan, mereka akan selamat dan tidak akan diganggu.

Hari ini para bekas pekerja membuat aduan polis ini kerana wujud unsur-unsur ugutan, intimidasi, pencerobohan dan sebagainya. Mereka menegaskan bahawa satu pengusiran hanya boleh dilakukan jika ada satu perintah mahkamah yang sah. Semua intimidasi lain bertujuan untuk mengusir penduduk secara paksa adalah tindakan tidak sah disisi undang-undang dan satu pencabulan kepada undang-undang negara.

Polis memberi jaminan akan menyiasat kes ini.

No comments:

Post a Comment