Friday, December 3, 2010

16 Nov - Datuk bandar beri jaminan kepada Bekas Pekerja Bukit Jalil








Hari ini satu rundingan telah diadakan oleh DBKL yang dipengerusikan oleh Datuk Bandar sendiri. Bagi pihak penduduk pula, mesyuarat telah dihadiri oleh Jawatankuasa Penduduk bersama dengan Sdr. V.Selvam - veteran pejuang Peneroka, E.Nalini- Penyelaras JERIT dan saya sendiri. Dalam mesyuarat yang berlangsung selama satu setengah jam semasa masa makan tengahari, Datuk bandar DBKL memberi syor bahawa kuil, tempat perkuburan dan sekolah penduduk tidak akan dialihkan. Manakala mengenai isu pokok, mereka berharap penduduk berpindah ke rumah pangsa yang disediakan. bagi penduduk pula, mereka mahu berunding dengan YB Menteri Sumber manusia memandangkan ia melibatkan masalah pekerja ladang. Selain itu, mesyuarat juga bersedia mengenalpasti tujuh nama yang diberitahu oleh JK penduduk sebagai bekas pekerja ladang manakala ia dikotegorikan sebagai setinggan oleh DBKL. Mengikut penduduk, ini adalah kali pertama rundingan dan perbincangan yang elok dilakukan. Namun ia memerlukan beberapa mesyauarat lain untuk menyelesaikan masalah ini. Saya juga berhujah bahawa Ordinan Darurat yang digunakan DBKL untuk mengusir penduduk adalah salah disisi undang-undang dan tidak sah,

No comments:

Post a Comment