Tuesday, October 19, 2010

5-10-2010 - Pekerja CHG tuntut RM158,611 dari Menteri Sumber Manusia











Hari ini 20 orang bekas pekerja CHG Plywood dari Batu 8, Cheras telah mengadakan satu demonstrasi di hadapan Pejabat Menteri Sumber Manusia menuntut Kerajaan membayar bekas pekerja ini sebanyak RM158,611 iaitu jumlah yang dinafikan oleh mereka dalam sistem yang ada hari ini.

Setelah bekerja dalam 10 hingga 20 tahun, Syarikah CHG Plywood telah tutup perniagaan dan hanya membayar pampasan sebanyak 35% kepada pekerja. Pekerja berpendapat bahawa jika Kerajaan telah pun melaksanakan tabung pemberhentian kerja seperti yang dituntut oleh PSM , JERIT dan MTUC sebelum ini maka wang ini boleh diambil dari tabung ini dan serahkan kepada mereka.

Sebelum ini pekerja ini telah mengikuti semua proses perundangan yang ada tetapi undang-undang pemuflisan dan lain-lain undang-undang lebih memihak kepada kaum kapitalis dari para pekerja. Tindaan pekerja CHG adalah satu tindakan dan tuntutan yang berbeza dan bersejarah dimana mereka mempertanggungjawabkan kerajaan untuk membayar pampasan.

Satu memorandum juga diberikan kepada Pengarah Jabatan Buruh iaitu Mohd Asri Wahab .

No comments:

Post a Comment