Sunday, October 3, 2010

30-9-2010 - Mesyuarat Penuh Ahli Majlis


Saya telah mengemukan 3 soalan untuk mesyuarat Penuh Ahli majlis yang bersidang sebulan sekali.

USUL, UCAPAN PENANGGUHAN DAN PERSOALAN UNTUK DIBENTANGKAN DALAM MESYUARAT PENUH AHLI MAJLIS ATAU MESYUARAT PEMANTAUAN ADUAN BAGI BULAN
OKTOBER 2010 – MAJLIS PERBANDARAN KAJANG


1. Rumah Pangsa Kos rendah


i. Berapa banyak unit rumah kos rendah ada dibawah kawasan tadbir MPKJ dan sila berikan senarai
ii. Sila berikan butiran berikut bersama senarai
• Samada sudah tubuh JMC atau belum
• Samada geran – title sudah dipecahkan atau masih atas nama pemaju
• Jumlah wang penyelenggaran bulanan dan Jumlah peratus wang penyelenggaran yang dapat dikutip
• Peratus Jumlah penginapan berbanding dengan jumlah rumah kosong
• Peratus yang diduduki sendiri oleh Tuan Rumah dan peratus yang disewa

iii. Berapa banyak rumah pangsa kos rendah yang pernah dilawat oleh unit COB sepanjang tahun 2009 dan 2010.


2. Taman & Padang Permainan


i. Berapa banyak padang bolasepak di daerah Hulu Langat yang diurus sendiri oleh MPKJ. Sila berikan senarai nama, kawasan dan jumlah wang tempahan.
ii. Apakah kos penyenggaran padang-padang ini sepanjang tahun 2009-2010.
iii. Berapakah jumlah kutipan yang dapat dikutip hasil tempahan ini.


3. Polisi Pelesenan


i. Setelah seorang mendapat lesen berniaga, adakah mempembahurui lesen tersebut adalah satu hak pelesen tersebut atau adakah ia akan disemak setiap tahun dan bukan bersifat automatic


Soalan diutarakan Oleh :


Arutchelvan A/l Subramaniams (No telepon 019-2537791)
Ahli Majlis - Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) 2010/2011

No comments:

Post a Comment