Sunday, October 3, 2010
26-9-2010 Sesi Khas Bincang Ekonomi Sosialis
Hari ini, PSM mengadakan SPD (Sesi perbincangan dalaman ) untuk mengupas persoalan Ekonomi Sosialis. Sebanyak 5 orang pengulas telah membentang kertas antaranya Sdr Chon Kai mengenai model-model ekonomi Sosialis, Paremas E mengenai Polisi dan Dasar Ekonomi PSM masakini, S.Arutchelvan mengenai model ekonomi Venezuela dan Dr. Jeyakumar mengenai cabarannya. Tetamu khas adalah Saudari Tan Pek Leng yang memberi satu kertas mengenai Fron Sosialis dan polisi mereka mentadbir Kerajaan Tempatan di Pulau Pinang. Di akhir sesi, ahli-ahli PSM membincangkan model ekonomi dan nilai-nilai apa yang PSM akan gunakan jika memerintah satu hari nanti. Masyaaurat khas ini juga membincangkan masalah yang akan ditimbulkan oleh mereka yang mahu mengagalkan satu sistem ekonomi sosialis.
No comments:
Post a Comment