Salam perjuangan! Hari Raya pada tahun ini disambut dalam suasana yang mencabar bagi rakyat Malaysia. Kita terpaksa menyambut hari yang berbahagia ini dengan beban kenaikan harga barang seperti gula, petrol, gas dan sebagainya.
Bukan itu sahaja kita juga berhadapan dengan beberapa cabaran yang besar:
• Ops Sikap dilancarkan semasa musim perayaan untuk mengurangkan kemalangan
jalan raya. Tetapi di Semenyih, tuntutan rakyat untuk pemasangan lampu jalan
di Jalan Semenyih-Beranang langsung tidak diendah hingga kini oleh JKR!
• Subsidi barangan asas yang meringankan beban rakyat ditarik oleh Kerajaan
tetapi subsidi korprat pulak tidak dinaikkan!
• Slogan Satu Malaysia dilaungkan tetapi isu perkauman masih dipermainkan!
• Cukai GST akan dilaksanakan dan memaksa semua rakyat membayar cukai ini.
Padahal hanya 15% rakyat yang mampu membayar cukai pendapatan.
• Para pekerja menuntut Akta Gaji Minima untuk keluar dari kancah kemiskinan
dan hidup lebih selesa. Tetapi Kerajaan pula meminda undang-undang pekerjaan
untuk membolehkan lebih pekerja tetap menjadi pekerja kontrak dan pekerja
senang dibuang kerja. !
Wahai warga Semenyih, Sambutan Hari Raya akan penuh bermakna jika sentimen perkauman ditolak sama sekali.
Kita harus bersikap matang untuk dan tidak termakan dengan jerat perkauman yang digembar-gemburkan oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka. Kita harus buktikan sistem ‘pecah dan perintah’ sudahpun lapuk dan tidak berkesan bagi negara kita.
Bangkitlah warga Semenyih! Renungkanlah mesej Hari Raya kami ini! INGAT !!! Hanya usaha sepadu kita yang boleh membebaskan rakyat dari belenggu kemiskinan dan perangkap perkauman. Sama-samalah kita memperkasakan kuasa rakyat untuk kesejahteraan bersama.
Selamat menyambut Hari Raya! Maaf Zahir dan Batin ! Berhati-hati di Jalanraya !
No comments:
Post a Comment