Tuesday, September 14, 2010

5 Sept 2010 - Mesyuarat Penentuan Pekerja Ladang Semenyih





Hari ini satu mesyuarat khas telah diadakan di Ladang Semenyih. Mesyuarat ini membincangkan rundingan yang sedang berlaku antara pekerja ladang Semenyih dengan pihak Majikan. Buat masa ini, ada satu persetujuan untuk membina rumah teres kos rendah tetapi isu pampasan masih belum lagi dapat dibereskan. Sebagai pekerja yang telah bertungkuslumus untuk 4 generasi di ladang dan menyebabkan syarikat-syarikat ladang kaya-raya, maka tuntutan pekerja untuk pampasan yang adil adalah sesuatu tuntutan yang munasabah. Hari ini mesyuarat telah memutuskan tuntutan pekerja ladang dan bagaimana hendak membawa perjuangan ini kepada satu penyelesaian.

No comments:

Post a Comment