Sunday, August 29, 2010

21-8-2010 Lawat Ladang MIC - Ladang Tumbuk









Hari ini saya dijemput oleh Penduduk Ladang Tumbuk dekat Pantai Morib . Saya hadir bersama M.Nalini- dari Jawatankuasa Sokongan Masyarakat Ladang(JSML). Lawatan kami adalah ekoran jemputan yang dibuat penduduk disebabkan ada pihak mengugut mereka mengambil wang pampasan yang ditawarkan kumpulan G yang baru mengambilalih Maika Holdings.

Lawatan kami mendapat sambutan baik dan ramai yang keliru tentang masa depan ladang mereka. Saya mempelawa para penduduk menubuhkan Jawatankuasa untuk memperjuangkan tuntutan mereka secara adil dan dengan kuasa rakyat.

Para bekas pekerja juga mendakwa mereka tidak diberikan maklumat yang tetap tentang penjualan ladang dan mereka juga menandatangani satu surat kedatangan dimana kini ada pihak mendakwa kononnya mereka telah setuju dengan pampasan RM 25,000 yang ditawarkan. Pada haikikat mereka dulu dijanjikan rumah teres dan rumah tersebut sepatutnya mula dibia pada tahun 2008 tetapi sehingga kini tiada sebarang tanda pembinaan rumah baru. Penduduk menuntut janji untuk dibina rumah teres baru.

No comments:

Post a Comment