Saturday, August 21, 2010
20-8-10 Rundingan dengan Pengurus ladang Semenyih bermula
Ekoran dari Mesyuarat di SUK Selangor, satu mesyuarat susulan telah diatur di pejabat Ladang Semenyih untuk membincangkan rundingan perumahan. Mesyuarat di Pihak pengurusan diketuai oleh Encik Faizal. Dipihak penduduk, JK penduduk bersama Penyelaras Pekerja perladangan Sdr Ramalingam dan saya sendiri hadir.
Mesyuarat bermula dengan beberapa isu asas seperti isu air, pemotongan rumput, bumbung dan keretakan longkang telah diutarakan oleh pihak penduduk. Pihak Pengurusan meminta secara bertulis dan berjanji akan mengambil tindakan. Untuk isu perumahan pula, satu mesyuarat akan diadakan pada 5hb. September 2010 dan selepas itu tuntutan pekerja akan diutarakan kepada pihak Tuan ladang. Buat masa ini, penduduk ditawarkan rumah kos rendah RM 35,000, bayaran pampasan RM 300 ex-gratia dan bayaran perpindahan RM 300.
No comments:
Post a Comment