Hari ini saya telah diundang oleh DEMA - Democratic Student and Youth Movement untuk membincangkan peranan mahasiswa dan kuasa ketiga. Mahasiswa dalam DEMA ini mengadakan perbincangan ini untuk mengetahui strategi yang patut dimainkan oleh mereka. Saya mengingatkan anak-anak muda ini bahawa mahasiswa secara tersendiri susah hendak membawa perubahan. Mereka mesti bekerja dengan kuasa rakyat yang lebih besar seandainya mereka mahu membawa perubahan. Jika tidak, kemungkinan mereka akan terjerumus dalam membuat aktiviti kecil yang tidak membawa impak besar kepada situasi politik negara.
No comments:
Post a Comment