Wednesday, March 3, 2010

8 isu kawasan diungkit semasa Mesyuarat Infra - 12 Februari 2010

Saya telah mengungkitkan isu-isu dari lapan kawasan seperti dibawah


S.Arutchelvan
Zon 18
No 12, Tingkat 3, jalan 5/12, bandar Rinching,
43500 Semenyih.
Tel : 019-2537791

11 Februari 2009 DENGAN TANGAN

Kepada ,
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Kajang,
Menara MPKj
Jalan Cempaka Putih,
Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang
(UP – Pengarah Jabatan Kejuruteraan,)

ADUAN UNTUK DIUTARAKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA KECIL INFRASTRUKTUT DAN LALULINTAS MPKJ BAGI FEBRUARI 2010


Saya ingin mengutarakan beberapa permasalahan dan isu yang telah dibawa kepada perhatian saya. Ada diantara aduan ini pernah diutarakan sebelum ini

i) Projek Cadangan Infrastruktur RM 100,000 untuk zon 18


 Pada 9 hb. November 2009 saya telah mengemukakan enam projek cadangan di zon 18 dengan menggunakan peruntukan RM 100 ribu yang diperuntukkan.
 Saya ingin mengetahui
i) Projek mana yang dilaksanakan
ii) Berapa jumlah kos pembinaan
iii) Siapakah kontrakter Pembina
iv) Spesifikasi kerja projek yang dilaksanakan

ii) Trafik Light
 Lampu isyarat tidak bernyala sepenuhnya di banyak lokasi antara Kajang dan Semenyih – persimpangan JKR, Sg. Jelok, Taman Jasmin, Bandar Teknologi, Pusat Kesihatan

iii) Taman Tasek Semenyih

 Permintaan untuk bonggol-bonggol dibina dikawasan TTS3, TTS4, TTS5 dan TTS6 (surat dilampirkan).
 Meneliti bonggol-bonggol yang dibina sebelum ini menepati specifikasi
 Permohonan tambahan lampu di Jalan TTS 6/9, TTS 6/8, TTS 6/7, TTS 6/3, TTS6/4 dan 6/5 dan TTS 6/6 (dilampirkan) (013-2014823)

iv) Taman Sri Tanjung (016-2432710)
 Jalan Berlubang lorong ditengah antara Jalan 14 dan Jalan 15

v. Broga (012-3728250)

 Banyak longkang yang pecah dan tidak berfungsi di kawasan Kampung Baru Tarun
 JK Kampung meminta untuk semua jalan diletakkan papan nama yang buat masa ini tidak ada.

vi) Kampung Baru Semenyih

 Bumbung pasar yang dibina siap tetapi terdapat satu ruang tepi dimana air mengalir masuk semasa hujan dan perlu ditutup

vii) Taman Manikavasagam

 Jalan susur masuk ke Taman Manikavasagam dimana lampu jalan yang dicabut semasa pembinaan kini tidak dinyalakan balik

viii) Taman Pelangi Semenyih (019-6097272)


 Ada pernohonan untuk memotong pokok dan melebarkan jalan di simpang 3 berhampiran dengan tangi air, hal ini kerana kereta yang melalui kawasan tersebut terlindung oleh pokok dan ia mebahayakan.
 meletakkan singboard “jangan buang sampah ” berhampira loji najis. Hal ini kerana ada pihak yang tidak bertangungjawab telah membuang sampah di kawasan tersebut.
 Mohon untuk ambil tindakan berkaitan penutup longkang yang hilang di kawsan taman pelangi semenyih berikutan hampr 30 biji penutup longkang telah hilang dikawsan taman. Mohon ambil tindakan kerana perkara ini membahayakan penduduk.
 Mohon untuk membesarkan jalan ke sekolah Bandar Rinching, berikutan jalan yang ada terlalu kecil.
 Mohon notis board di Taman permainan jalan 2 Taman Pelangi Semenyih


Sekian Terima Kasih


S.Arutchelvan
Ahli Majlis

No comments:

Post a Comment