Wednesday, March 3, 2010

26-2-02 PSM di Kota Bharu









Hari ini PSM melancarkan kempen Road show dan destinasi pertama dalah di Kelantan. PSM diketuai oleh satu delegasi seramai sepuluh orang diketuai oleh Pengerusi Dr. Nasir Hashim, Timbalan Pengerusi M.Saraswathy dan Setiausaha Agung S.Arutchelvan. Pengalaman di Kota Bharu cukup hebat dimana rata rata rakyat Kelantan cukup tinggi kewarasan politiknya. PSM megnedarkan risalah menenai GST dan juga risalah memperkenalkan PSM dan idelogi sosialisnya. Sambutan yang diterima cukup hebat dan di luar dugaan. Ahli-ahli PSM berjaya habis menjual 400 keping suratkhabar Sosialis. Ribuan risalah juga habis diedar semasa kuliah pagi setiap hari Jumaat di jalan Ilmu.

Selain itu, PSM juga mengadakan perbincangan dengan bekas pemimpin Parti Rakyat dan Kesatuan Sekerja. Semangat dan pandangan mereka cukup tajam walaupun sudah berusia.

Di malam hari pula, ribuan rakyat Kelantan mendengar ucapan mengenai GST oleh Dr. Nasir Hashim dan Saifuddin (SUA PKR). Rata-rata lawatan ke Kelanatan ini cukup berjaya.

No comments:

Post a Comment