Saturday, March 27, 2010

22-3-10 Mesyuarat Khidmat Bandar MPKJ

Isu hangat yang dibincang adalah isu "dimana nak buang samapah"? Ini adalah satu krisis di MPKJ ekoran RDF di Sungai Lalang menghadapi masalah. Tempat lain yang boleh dibuang sampah adalah di Tanjung Sepat dekat KLIA tetapi ia jauh dan akan menelan kos tinggi. Sanggupkah orang Hulu Langat bayar lebih untuk ambil sampah? Isu kedua adalah isu mengenai pelupusan gagak hitam dengan guna racun manakala isu ketiga adalah mengkitar semula minyak masak. Kini MPKJ mengkitar semula minyak masak dan ini adalah baik untuk persekitaran kerana pemilik kedai tak perlu buang dalam longkang.

Dibawah adalah isu yang dibangkitkan oleh saya dalam mesyuarat ini.

21 Mac 2010

Kepada,
Dato Hasan Nawani B Abdul Rahman,
Yang Di Pertua,
Majlis Perbandaran Kajang, Tingkat 7B.
Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih off Jalan Semenyih,
43000 Kajang, Selangor D.E
(UP-Haji Arshad Bin Haji Salleh, Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan)

Tuan,

ADUAN UNTUK DIUTARAKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA KECIL PERKHIDMATAN BANDAR, MAJLIS PERBANDARAN KAJANG MAC 2010

Saya ingin mengutarakan beberapa permasalahan dan isu yang telah dibawa kepada perhatian saya. Ada diantara aduan ini pernah diutarakan sebelum ini.

i. Sri Tanjung

• Isu semak samun di Jalan 20 Taman Sri Tanjung yang tidak dipotong untuk sekian lama

ii. Bandar Rinching Fasa 4


• Sampah-sampah buangan seperti dahan-dahan kayu, barangan perabut tidak diambil di Jalan 4/8
• Masalah rumah kosong dan masalah sosial yang ditimbulkan
• Masalah anjing liar berdekatan dengan kawasan padang permainan

iii. Taman Manikavasagam

• Longkang jalan 2 memerlukan tindakan notis meminta orang disana memecahkan simen di atas longkang.
• Masalah rumah kosong terbiar- tindakan susulan

iv. Bandar Rinching Fasa 2

• Longkang dan rumput di kawasan rumah kos rendah tidak dipotong dan longkang tidak dibersihkan dan dikorek.

Saya amat mengharapkan mendapat maklumbalas mengenai perkara-perkara yang diutarakan.

Sekian Terima Kasih

Yang benar,


S. Arutchelvan
Ahli Majlis

No comments:

Post a Comment