Saturday, March 27, 2010

11 Mac - Mansuh sahaja ISA !



Hari ini saya menghadiri sidang akhbar GMI untuk melancarkan kempen ISA terbaru bertajuk, " Mansuh sahaja ISA". Kempen ini dianjurkan oleh Gerakan Mansuhkan ISA (GMI). Antara mereka yang hadir adalah Sdr Syed Ibrahim dan Shairi Sungip. Saya berhujah behawa semasa Demo 1 Ogos 2009, dua kumpulan berhimpun- satu menuntut ISA dimansuhkan dan satu lagi mengekalkan ISA dengan pindaan. Terbukti kumpulan yang desakISA dimansuhkan dapat menghimpunkan ribuan rakyat manakala yang pro ISA, hanya berjaya himpun kurang 15 orang. Maka ISA adalah satu akta zalim dan dikutuk pelbagai kumpulan Hak Asasi Manusia. Ia membenarkan tahanan tanpa perbicaraan. Ia digunakan oleh BN untuk kekal memerintah. Mansuhkan ISA !

No comments:

Post a Comment