Wednesday, February 10, 2010

5 -2-10 kekeliruan masalah Pekerja Ladang Coalfield


Air untuk rumah pekerja ladang Coalfield sudah diputuskan sejak sebulan yang lalu. Majikan mendakwa pekerja tidak mahu bekerja manakala pekerja mendakwa majikan telah memberhentikan kerja mereka. Kerajaan Negeri meminta mereka berpindah ke rumah baru yang ditawarkan namun para pekerja berasa sebagai bekas pekerja ladang selama beberapa generasi, majikan mesti memberi gantirugi dan pampasan yang setimpal yang masih belum diberi. Hari ini saya mengikuti aktivis PSM dari Subang mendengar rintihan mereka. Kami juga mendapati ramai pihak yang telah masuk menasihatkan penduduk disana dan meminta satu mesyuarat bersama diadakan antara kumpulan-kumpoulan ini untuk melihat jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah mereka

No comments:

Post a Comment