Friday, December 25, 2009

28 Nov 09 -PELANCARAN BUKU - The Fajar Generation. The University Socialist Club and the Politics of Postwar Malaya and Singapore Oleh Poh Soo Kai, T




PELANCARAN BUKU - The Fajar Generation. The University Socialist Club and
the Politics of Postwar Malaya and Singapore Oleh Poh Soo Kai, Tan Jing Quee dan Koh Kay Yew

Hari ini, saya bersama kepimpinan PSM yang lain Dr. Nasir. Dr Jeyakumar,A.Sivarajan, Rani , Selvam dan ramai lagi hadir untuk menunjukkan penghargaan kita kepada pejuang sosialis dari Singapura sempena dengan pelancaran buku mereka di KL berjudul the Fajar generation.

Perihal Buku tersebut-
361 muka surat ( Versi Bahasa Inggeris)
282 muka surat ( Versi Bahasa Cina )
ISBN 978-983-3782-86-4 (Pb) (Bahasa English) RM 50
ISBN 978-983-3782-87-1 (Hb) (Bahasa English) RM 100
ISBN 978-983-3782-88-8 (Pb) (Bahasa Cina) RM 38
Dalam dua dekad dari tahun 1945 hingga 1965 adalah kemuncak pergolakan politik di Malaysia dan Singapura.Setelah tamatnya perang dunia kedua, wujudnya gerakan-gerakan rakyat yang menuntut satu keadaan politik yang lebih baik, pemerintahan sendiri dan akhirnya menuju kepada kemerdekaan dalam menghadapi usaha pihak British untuk melaksanakan proses dekolonisasi. Pada masa ini muncullah watak-watak dan arah perjuangan yang pelbagai dari fahaman yang berbeza dan bertanding dalam pertandingan politik bagi menentukan watak-watak dan arah tuju masa depan Negara. The Fajar Generation membongkar cerita yang telah ditenggelamkan mengenai perjuangan sekumpulan lelaki dan wanita yang lebih awal dalam memperjuangkan agenda radikal anti kolonisasi, demokrasi, kemajmukan budaya, dan keadilan sosial melalui ejen Kelab Sosialis Universiti Malaya. Melalui penceritaan semula riwayat hidup yang singkat dan analitikal essei-essei, penyumbang - penyumbang dalam buku ini menceritakan kisah perjuangan mereka - harapan dan kekecewaan, kemenangan dan kekalahan. Pada masa yang sama ia mengingatkan kita tentang perjuangan pejuang terdahulu dalam memperjuangkan masa depan Negara ke arah pemerintahan yang lebih baik dan tanggungjawab generasi sekarang untuk meneruskan agenda-agenda terdahulu yang masih belum tercapai sepenuhnya.

– Dr Lim Hock Siew


Perlancaran Buku

Tarikh
Sabtu, 28 November 2009, 3.00-6.00 Petang

Tempat
Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor
No.1, Jalan Maharajalela, 50150 Kuala Lumpur

Program
Kata aluan oleh Ismail Gareth Richards
Persembahan video
Pembicara
Tan Kah Hee
Ahmad Mustapha
J.C. Rajarao
Perbincangan
Pandangan Editor
Poh Soo Kai
Koh Kay Yew
Tan Jing Quee

Pelancaran Buku dan persembahan

Jamuan ringan
Jualan buku dan Sesi Autograf

No comments:

Post a Comment