Tuesday, November 3, 2009

29 Oktober - Hantar Memorandum ke JKR









Hari ini Majlis Perwakilan Penduduk MPP zon 18 menyerahkan memorandum kepada JKR Hulu Langat kerana isu tiada lampu jalan di Jalan Semenyih Broga dan Semenyih ke Bandar Rinching. Namun program hari ini tercemar kerana tindakan Polis IPD kajang dibawah Arahan Tuan Toha - Timbalan KPD Kajang yang bertindak secara tidak profesyenal cuba menyekat kami dari memberi memorandum secara aman dan selesa. Ini sedikit sebanyak mengganggu kelancaran program ini. Dibawah adalah Teks sepenuh memorandum yang telah ditandatangi oleh wakil-wakil zon 18.


MEMORANDUM KEPADA

JABATAN KERJA RAYA (JKR) HULU LANGAT


29 OKTOBER 2009

NYALAKAN LAMPU DI JALAN

SEMENYIH – BANDAR RINCHING
DAN
SEMENYIH - BROGA



DARIPADA:
MAJLIS PERWAKILAN PENDUDUK ZON 18 DAN
KAWASAN SEKITAR
D/A 26A, Tingkat 1,Jalan Pasar Baru Semenyih, 43500 Semenyih, Selangor.
Tel :03-87230154 Fax: 03-87374772
NYALAKAN LAMPU DI JALAN SEMENYIH – BANDAR RINCHING DAN SEMENYIH - BROGA


1. Pengenalan


Kami mewakili penduduk di sekitar Bandar Semenyih dan diwakili di sini oleh Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 18 yang terdiri dari Bandar Rinching, Pelangi Semenyih, Taman Manikavasagam, Taman Tasek Semenyih, Kampung Sentosa, Kampung Tanjung, Taman Sri Tanjung, Ladang Semenyih dan Broga. Turut bersama kami adalah penduduk di sekeliling zon 18 seperti dari Bandar Semenyih, Tasek Kesuma dan kawasan sekitarnya.

Matlamat utama memorandum ini adalah untuk mengutarakan rasa dukacita dan ketidakpuasan hati kami terhadap JKR Hulu Langat dalam menangani masalah yang dihadapi oleh kami berhubung kait dengan

Kami telah mengutarakan isu-isu kami melalui Pengerusi MPP zon kami yang telah mengutarakan isu-isu secara konsisten dalam setiap mesyuarat yang juga dihadiri oleh Pegawai JKR. Namun kami cukup tidak berpuas hati atas alasan yang diberikan oleh pihak JKR sehingga MPP zon 18 mengmbil keputusan untuk menghantar memorandum ini.

Isu ini bukan kali pertama diutarakan :

13 Oktober 2008 – Mengutarakan isu kemalangan di Jalan Semenyih- Broga pada 17 September 2009 yang mengakibatkan 4 orang maut . Antara isu yang diutarakan dalam mesyuarat itu ialah tiadanya papan tanda yang jelas dan tiada lampu antara sebab kemalangan dan sebab trajedi.

Perkara ini juga telah diutarakan oleh Pengerusi MPP melalui surat kepada Bahagian Infrastruktur dimana ia dipanjangkan untuk tindakan JKR.

Isu ketiadaan lampu dare Semenyih ke Bandar Rinching telah diutarakan dalam surat bertarikh 11 Februari 2009, 22 April 2009, 21 Mei 2009, 16 Jun 2009 dan 19 Ogos 2009. Isu ini terus diungkitkan setiap bulan sehingga mesyuarat pada 14 Oktober 2009.

Pada awalnya JKR memberi alasan bahawa tiada bajet. Kemudian setiap mesyuarat, jawapan adalah mengenai isu bahawa masalah ini akan diselesaikan dan kita kena menunggu Bajet RM 10. Namun dalam mesyuarat Infrastruktur yang terakhir, JKR apabila didesak mengatakan bahawa lampu ntidak dinyalakan kerana tidak menjejaskan bil elektrik,


2. ASAS ADUAN KAMI

• Lampu-lampu jalan utama di bawah seliaan JKR di Jalan Utama Bandar Semenyih ke Bandar Rinching tidak dinyalakan dan begitu juga jalan dari Bandar Semenyih ke Pekan Broga.
• Jalan Semenyih - Bandar Rinching ini pada asasnya dan asalnya memang mempunyai lampu yang bernyala. Namun sekarang untuk lebih setahun , ia tidak bernyala. Ini bererti taraf dan kualiti hidup penduduk sudah merosot
• Alasan yang biasa dikatakan ialah jalan tersebut akan dinaiktaraf selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-10 namun ini tidak menjawab mengapa lampu jalan tidak boleh dinyalakan.
• Satu lagi alasan yang kami tidak boleh terima adalah masalah ketiadaan bajet. Kami tidak faham bagaimana lampu di dua jalan utama yang tidak bernyala ini boleh dikompromi atau tidak dilaksanakan dengan alasan ketiadaan bajet. Adakah keselamatan awam boleh dikompromi.
• Ketiadaan lampu di jalan ini telah menyebabkan kemalangan jalanraya sering berlaku dan ada yang terkorban. Misalnya kemalangan di Jalan Broga pada 17 September 2008.
• Selain itu semua pihak memang mengakui bahawa jalan ini merbahaya, tidak rata dan perlu dibaiki. Masa untuk memperbaiki mungkin mengambil masa tetapi kami tidak faham mengapa buat sementera ini lampu tidak boleh dinyalakan kerana terdapat tiang lampu yang sedia ada di tempat tersebut.
• Alasan terkini dari JKR ialah ia tidak membayar bil eletrik TNB untuk jalan ini.


3. TUNTUTAN


JKR memulihkan lampu di jalan-jalan ini dengan serta merta dan JKR mesti bertanggungjawab atas segala kemalangan yang berlaku di kawasan yang tidak selamat ini selagi lampu-lampu tidak dinyalakan.

JKR sering berkata bahawa keutamaanya adalah keselamatan. Namun kami tidak nampak isu keselamatan dipraktikkan di jalan-jalan yang kami maksudkan.

4. PENUTUP


Kami amat mengharapkan JKR akan memandang serius aduan kami dan akan mengambil langkah serta merta untuk mencari penyelesaian, yang nampaknya dalam kemampuan JKR.


Sekian, terima kasih.


Wakil MPP Zon 18,

No comments:

Post a Comment