Tuesday, November 3, 2009

26 Oktober - Mesyuarat Pemantauan Aduan dan Mesyuarat dengan Alam Flora

Hari ini, saya menghadiri dua mesyuarat di MPKJ. Yang pertama adalah, mesyuarat Pemantauan Aduan. Antara respon kepada persoalan saya adalah:
i) Crematorium - tempat sedang dikenalpasti di Sungai Lallang.
ii) Saya juga mendapat berita baik bahawa Kerja-kerja pelaksanaan alat permainan untuk taman Sri tanjung, kontakter telah dilantik dan begitu juga dengan taman Tasek Semenyih, jalan 6.
iii)Untuk membesarkan gelanggang bola tampar ke gelanggang Bola kerajang, surat kelulusan telah dikeluarkan pada 28-8-2009
iv) Untuk penyandng goalpost di Sek 4, bandar Rinching, dalam proses panggil sebutharga.

Pada tengahari, Ahli Maslis mengadakan mesyuarat dengan Alam Flora. Mesyuarat ini amat tegang kerana Ahli Majlis mahu memecat beberapa kontrakter yang didapati memang teruk tetapi Alam Flora tidak mahu berbuat demikian. Yang sedihnya adalah MPKJ pada tahun 2007 telah menandatangani kongrak baru dengan Alam Flora dimana para kontakter akan mendapat lanjutan kontrak secara automatik dan ini juga menyukarkanproses menyingkirkan mereka.

Mesyuarat berakhir tanpa sebarang keputusan konkrit. A

No comments:

Post a Comment