Sunday, November 22, 2009
14 Nov Sosialisme 2009 - Debat hebat Sistem 2 Parti
Forum Sosialisma adalah satu acara tahaunan anjuran Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang diadakan sejak tahun 2005. Namun setiap tiga tahun sekali. PSM juga menganjurkan Sosialisma Peringkat Antarabangsa.
Pada tahun ini, Sosialisme 2009 adalah peringkat nasional tetapi jemputan juga dibuka kepada penyertaan peserta-peserta dari Parti kiri di Asia Tenggara. Pada tahun ini, penyertaan peserta Asia Tenggara dari Indonesia, Thailand, Phillipina, Singapura akan turut bersama untuk memantapkan debat dan perbincangan.
Topik Sosialisme 2009 yang dipilih adalah Sistem Dua Parti – suatu analisa Kritikal. Sejak Tsunami Pilihanraya Mac 8, 2008. Politik Malaysia buat pertama kalinya memberi satu harapan bahawa Barisan pembangkang – Pakatan Rakyat mempunyai harapan untuk memerintah negara buat kali pertama. Harapan ini mencetuskan debat bahawa Malaysia semakin matang untuk pergi ke sistem politik dua parti.
Namun beberapa persoalan terus wujud dari segi keberkesanan sistem dua parti dan pengalamana di negara lain, persoalan samada penukaran parti membawa kepada penukaran sistem pemerintahan dan ketiga samada ada, teori politik berperingkat (stages) merupakan satu pengalaman yang wajib dilalui sebelum perjuangan sebenar dilaksanakan.
Jumlah kehadiran untuk Sosialisme 2009 yang buat pertama kali dibuat di Dewan Perhimpunan Cina Berjaya menarik penyertaan luarbiasa sehingga jumlah kehadiran adalah penuh dan terus penuh sepanjang program.
Dr. Nasir Hashim merasmikan program ini dan antara topik yang dibincang adalah BN vs PR Apakah Masa depan Sistem Dua parti di Malaysia ? dan sjuga mengenai Kuasa Ketiga
Antara yang menjadi ahli Panel adalah Haris Ibrahim, Vipar Daomanee – Turn Left, Thailand, Dr. Jeyakumar , Wakil Saifuddin Nasution,- Encik Wong, Wong Chin Huat, Khalid Samad, Toh Kin Voon , Muhammad Sabu dan saya sendiri. Dr. Rohana Ariffin, Amer Hamzah dan Kohila Y menjadi moderator sesi-sesi ini.
No comments:
Post a Comment