Sunday, November 22, 2009
10 Nov – PSM Klang anjur Forum Bajet 2010
Hari ini, saya merasmikan forum anjuran PSM Klang mengenai bajet 2010. Ini merupakan forum pertama anjuran PSM Klang yang baru ditubuhkan. Para speaker untuk forum ini adalah adalah Dr. Dzukkifli dari PAS, Charles Santiago dari DAP dan Dr. Jeyakumar – Ahli Jawatankuasa Pusat PSM.
Dr. Jeyakumar menghujah bahawa bajet ini adalah tidak baik kerana ia tidak mengutamakan rakyat berpendapatan rendah. Dr Zul bercakap bahawa jika kita tahu ekonomi, maka bajet kita tidak masuk akal kerana ia adalah bajet deficit 60% manakala Charles Santiago pula menghujah bahawa tahap pinjaman sektor rumahtangga dalam tahap merisaukan dan isu kemiskinan Bandar kini mengatasi kemiskinan desa.
Saya semasa ucapan perasmaian berkata bahawa ekonomi adalah segala-galanya dalam ajaran Karl Marx. Bajet dibincang di Parlimen kerana ia adalah wang rakyat dan justeru itu rakyat sepatutnya mempunyai hak mempersoalkan bajet ini.Kumar pula berkata jangan harapkan Ahli Parlimen. Kami boleh bercakap tetapi perubahan mesti dilakukan dari bawah.
Syabas kepada PSM Klang dan kepimpinan Krishnan kerana Berjaya menganjurkan satu program yang amat memanfaatkan rakyat di kawasan tersebut.
No comments:
Post a Comment