Saturday, August 29, 2009
27 Ogos - Memeriksa jalan dan longkang baru di Broga
Setelah mendapat aduan dari masyarakat Broga, akhirnya kita dapat sedikit sebanyak membuat kerja-kerja menurap jalan dan membina longkang di Jalan menuju Kampung Orang Asli. Kerajaan Negeri telah memperuntukan RM 20,000 manakala MPKJ membelanjakan lebihkurang RM 20,000 untuk menurap semula jalan tersebut. Tindakan ini dibuat untuk melebarkan jalan di tempat masuk dan keluar ke Jalan Kampung Orang Asli. Sebelum ini hanya satu kereta sahaja boleh masuk dan keluar sekali dan dengan kerja ini, kereta boleh keluar dan masuk dengan selesa.
Lawatan dan tinjauan saya bersama Ahli Parlimen Dr. Che Rosli juga telah mendapati bahawa longkang dikawasan ini memang tidak dibersihkan untuk satu jangkamasa yang agak lama. Saya akan berbincang dengan kontrakter untuk mengatasi masalah ini.Selain itu, JPS juga bersetuju memulakan kerja-kerja mengorek sungai pada bulan September ini untuk mengelak banjir berlaku.
No comments:
Post a Comment