Friday, June 26, 2009
Monday, June 22, 2009
21 Jun - Edar risalah di Kampung Minangkabau
21 Jun - Memang panas dialog dengan Exco Ronnie Liew
Hari ini Exco Kerajaan Tempatan, Ronnie Liew turun padang dan mengadakan dialog dengan orang ramai dalam program yang dijalankan di Hotel Oriental, Kajang. Program bermula jam 10 pagi dan berlarutan sehingga 2 petang. Soalan dari orang ramai bertubi-tubi dan penuh emosi. kadang-kadang ada yang menjerit untuk mengutarakan isu, ada banner dibuka dan memorandum disampaikan. Ronnie terpaksa menghadkan setiap orang kepada 3 soalan dan kemudian kepada satu soalan kerana begitu ramai orang yang hendak bertanya dan membuat aduan. Ahli Majlis dan Pegawai MPKJ termasuk YDP turut serta dalam program dialog ini. Antara isu pokok yang timbul adalah website MPKJ yang tidak berkesan, isu kebersihan dan anjing liar.
21 Jun - Kempen Derma darah di Bandar Rinching Fasa 4
Saya menjadi tetamu khas bersama Ahli Parlimen Che Rosli dan ADUN Kajang Cikgu Lee dalam program Derma darah anjuran Jawatankuasa India Fasa 4 , Bandar Rinching. Saya memuji Pengerusi Jawatankuasa tersebut Encik Subramaniam dan Jawatankuasa beliau kerana sangat aktif. Dalam ucapan saya , saya memeberitahu bahawa MPKJ akan membelanjakan RM 200,000 untuk membaiki sebahagian jalan di Fasa mereka. Saya juga mengambil maklum bahawa penduduk di sana meminta Penghadang besi dibelakang tiang gol. Isu lain yang mereka ungkitkan adalah isu lampu dan papan jalan yang sudah rosak.
Dalam ucapan saya, saya memberitahu antara lainnya bahawa darah sahaja tidak mengenal kaum, darjat dan agama. Kalau Raja pun, jika memerlukan darah, terpaksa ambil darah dari rakyat biasa , tak kira agama, darjat apa atau kaum apa.
20 Jun - Tiada negeri yang selamat untuk BN
Hari ini saya menghadiri jamuan makan dan juga memberi ceramah dalam program anjuran PKR Kluang dibawah kepimpinan Lee San. Sdr. Dr. Syed Husin Ali, selaku Timbalajn pengerusi PKR adalah tetamu khas dalam program ini. Progam ini mendapat sambutan amat baik dari rakyat Kluang. Dalam ceramah saya, saya mengucapkan tahniah kepada PKR kerana membuat beberapa pindaan perlembagaan dalam parti yang baik dan juga memberi tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana berani meminta Chin Peng pulang ke Malaysia.
Namun semasa disana, saya mengetahui bahawa semua bendera PKR telah ditarik keluar oleh penguatkuasa manakala beberapa ahli PAS yang mengedar risalah mansuhkan PPSMI ditahan polis. Memandangkan dua insiden ini, saya cukup yakin bahawa UMNO-BN di Johor begitu takut dan tergugat tentang pengaruh Pakatan Rakyat. Nampaknya tidak ada lagi negeri yang selamat untuk BN.
20 Jun - Perbincangan dengan Sosialis lama
Semasa saya dalam lawatan dua hari ke Johor. Saya juga sempat mengadakan perbincangan dengan para pejuang sosialis dahulu. Kebanyakan mereka adalah bekas tahanan ISA dan banyak terlibat dalam perjuangan rakyat pada tahun 1950an dan 1960an. Mereka juga banyak memberi nasihat dan pedoman mengenai perjuangan yang harus dipupuk hari ini.
19 Jun - Bentuk JK baru PSM Johor
Hari ini akhirnya satu Jawatankausa telah dibentuk untuk menerajui cawangan di Skudai Johor. Sdr. Mohan dijadikan Pengerusi manakala Sdr. Choo Shinn Chei menjadi Setiauasaha. Saya juga selaku Setiausaha Agung PSM memberikan beberapa pandangan mengenai tatacara sebuah cawangan sosialis dan apa yang diharapkan dari para kepimpinannya. Cawangan baru ini akan mengadakan mesyauarat perancangan bulan depan untuk mengariskan aktiviti dan program.
17 Jun - Tak ada lampu , kita protes
Hari ini saya menimbulkan beberapa isu seperti dibawah dalam Mesyauarat Infrastruktur. Namun isu yang paling utama yang saya utarakan adalah ketiadaan lampu jalan dari pekan Semenyih sehingga Bandar Rinching. Penjelasan yang diberi oleh JKR bahawa mereka menunggu peruntukan RMK10 tidak masuk akal. Ada tiang lampu, tetapi tak bernyala. Apakah susah nak nyalakannya??? Saya mengatakan jika tak laksanakan , kita akan buat protes
16 Jun 2009 DENGAN FAX/TANGAN
Kepada ,
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Kajang,
Menara MPKj
Jalan Cempaka Putih,
Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang
(UP - Fadilah Binti Razalli,Pemangku Pengarah,Jabatan Kejuruteraan,)
ADUAN UNTUK DIUTARAKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA KECIL INFRASTRUKTUT DAN LALULINTAS MPKJ BAGI BULAN JUN 2009
Saya ingin mengutarakan beberapa permasalahan dan isu yang telah dibawa kepada perhatian saya. Ada diantara aduan ini pernah diutarakan sebelum ini
i) Sistem Perparitan Taman Semenyih Jaya
- Sistem Perparitan di kawasan Semenyih Jaya memerlukan satu lawatan tapak untuk memulihkan sistem perparitan yang sedia ada.
- Terdapat parit yang tiba-tiba ditutup menyebabkan air mengalir ke kawasan terbuka
- Air bertakung sejak penduduk menetap di sana.
- Longkang yang tidak dibersihkan untuk sekian lama
ii) Perhentian Bas
- Aduan bahawa terpaksa berjalan lebih 1 kilometer untuk menaiki bas
- Perhentian Bas paling dekat untuk penduduk Sunway Semenyih dan Desa Mewah di Semenyih adalah di Taman Paling Jaya iaitu jauh dari tempat perumahan mereka
- Namun ada masalah trafik yang serius di pintu masuk dua taman ini.
iii) Lampu Isyarat dan Jalan berlobak
- Lampu isyarat yang ulung di Jalan Saujana Impian ke Semenyih perlu diletak sensor kerana buat masa ini ia terlalu lama dan ini menyebabkan masalah trafik
- Jalan yang sama sering untuk sekian lama mengalami masalah berlubang dan berlobak dan sudah banyak kali diperbaiki. Mengapa masalah ini sering berlaku dan apakah langkah untuk mengatasinya.
iv) Pekan Semenyih ke Bandar Rinching – Isu lampu
- Memandang serius tiada lampu sepanjang jalan besar
- MPP zon bercadang membuat protes sekiranya JKR tidak mahu bertindakV) Kerja tanah di Ladang Semenyih, Jalan Broga
V) Kerja Tanah di Ladang Semenyih, Jalan Broga
- Penjualan Ladang Semenyih dan permulaan kerja-kerja tanah kemungkinan besar akan memberi kesan kepada kawasan tadahan air di sini yang membekalkan air minum untuk para pekerja Ladang.
- Kena memastikan kerja-kerja tanah tidak mengusik kawasan tadahan air
Sekian Terima Kasih
S.Arutchelvan
Ahli Majlis
16 Jun 09 - Kaji balik jalan Manikavasagam
Hari ini kita terpaksa mengkaji semula Jalan Taman Manikavasagam dan Bandar Rinching. Pihak Kejuruteraan MPKJ mencadangkan satu pusingan "u" sebaik sahaja kita masuk dari jalan utama ke bandar Rinching manakala Ahli Majlis Shamsul dan saya mencadangkan dibuat satu "belok C " ke Taman Manikavasagam kerana Taman ini walaupun yang paling awal tetapi tidak ada access jalan masuk terus.
Akhirnya Pegawai MPKJ setuju untuk lukis balik pelan. Untuk keselamatan pula, kita akan melarang lori menggunakan jalan baru yang hendak dibina.
Friday, June 19, 2009
Tuesday, June 16, 2009
13 Jun 2009 Meriah Sukaneka di Taman Kajang Utama
Kelab Anak Muda Sosialis Kajang telah menganjurkan sukaneka di Taman Kajang Utama. Ia telah disertai oleh lebih 100 orang peserta terdiri dari kanak-kanak dan ibubapa mereka. Beberapa pertandingan seperti karem, catur, dam, lumba lari, lari dengan bola ping pong, kerusi music dan lari dalam guni telah diadakan. Setiap acara mendapat sambutan yang baik. Saya juga dijemput memberi ucapan sedikit dan menyampaikan hadiah Selain itu, risalah dan bahan sebaran juga telah diedarkan untuk memperkenalkan PSM kepada orang ramai di kawasan ini.
13 Jun - terumbang ambing nasib pekerja kilang Papan Lim Ah Soon
Seramai 80 orang pekerja berada dalam keadaan cemas ekoran tindakan majikan tidak membayar gaji mereka untuk lebih satu bulan dan mesin-mesin di dalam kilang satu persatu dipindah keluar.
Kilang Papan Lim Ah Soon ini menempatkan pekerja tempatan dan pekerja asing. Para pekerja ini pula membuat aduan polis terhadap majikan kerana takut ia akan menghilangkan diri tanpa membayar sebarang gaji dan faedah yang lain.
Mereka telah berkerja di kilang ini di antara empat tahun hingga 20 tahun. Tetapi, kini sangat risau dan bimbang terhadap tindakan majikan kami yang gagal membayar gaji mereka selama dua bulan kerja pula telah dikurangkan kepada tiga hari dalam seminggu.
Selain itu, kebanyakan bahagian di kilang telah berhenti beroperasi dan majikan pula sedang mengeluarkan mesin-mesin dari kilang tanpa memberitahu sebabnya kepada para pekerja. Tindakan majikan ini telah menimbulkan prasangka di kalangan pekerja yang merasakan majikan akan menipu serta melarikan diri tanpa membayar gaji mereka.
Pekerja-pekerja ini datang membuat aduan di Pejabat PSM Semenyih dan kini sedang membentuk Jawatankuasa untuk membela nasib mereka.
10 Jun - Rakan seperjuangan Suresh daftar khawin
5petang 7 Jun - Dialog dengan masyarakat pangsapuri Taman Asa Jaya
2 daripada 5 Pangsapuri tiada air dan 3 daripada 5 pangsaputi tiada elektrik. Begitu marah penduduk disana. Ahli politik tahu cakap sahaja tetapi tidak dapat selesaikan masalah kami. Sekarang datang Encik Arul, apa yang boleh beliau lakukan? Sungguh tercabar saya dengan kenyataan penduduk yang memang ikhlas dengan rungutan mereka. Saya juga pasti bertindak begitu jika dalam sitauasi mereka. Ada penduduk menyalahkan mereka yang tidak membayar wang penyelenggaran sebanyak RM 20 sehingga bil letrik tertunggak sehingga RM 70 ribu. Segelintir penduduk bersedia mengambilalih pengurusan dan yakin mereka boleh melaksanakan tugas ini lebih baik daripada pemaju. Bagi saya adalah mustahil untuk rakyat berpendapatan rendah seperti dipangsapuri kos rendah dapat membayar wang penyelenggaran secara konsisten. Itulah sebabnya PSM dan saya sendiri ada mengusulkan di MPKJ agar penyelenggaran pangsapuri kos rendah diletakkan dibawah majlis tempatan. Cadangan saya ditolak kerana dikatakan ini adalah undang-undang Negeri.
Kepada masyarakat di Taman Asa Jaya, saya berjanji akan mendesak pihak COB MPKJ memastikan pemaju memulihkan bekalan air dan letrik kerana sehingga diambilalih pihak penduduk, tanggungjawab masih dipihak pemaju. Selain itu, saya akan berkerjasama dengan Ahli Majlis kawasan itu untuk membantu Jawatankuasa Pengurusan baru dibentuk.