Hari ini Exco Kerajaan Tempatan, Ronnie Liew turun padang dan mengadakan dialog dengan orang ramai dalam program yang dijalankan di Hotel Oriental, Kajang. Program bermula jam 10 pagi dan berlarutan sehingga 2 petang. Soalan dari orang ramai bertubi-tubi dan penuh emosi. kadang-kadang ada yang menjerit untuk mengutarakan isu, ada banner dibuka dan memorandum disampaikan. Ronnie terpaksa menghadkan setiap orang kepada 3 soalan dan kemudian kepada satu soalan kerana begitu ramai orang yang hendak bertanya dan membuat aduan. Ahli Majlis dan Pegawai MPKJ termasuk YDP turut serta dalam program dialog ini. Antara isu pokok yang timbul adalah website MPKJ yang tidak berkesan, isu kebersihan dan anjing liar.
No comments:
Post a Comment